awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lagi bot karam di Sabah, 2 nelayan hilang

Astro Awani
Astro Awani
16/01/2021
15:02 MYT
Lagi bot karam di Sabah, 2 nelayan hilang
Operasi SAR berdepan kesukaran akibat cuaca buruk namun tetap diteruskan. - Gambar/ Bernama
SANDAKAN:Satu lagi kejadian bot karam akibat dibadai ombak membabitkan empat mangsa dilaporkan di perairan Kuala Meruap, Lahad Datu, pada Jumaat.
Dalam kejadian membabitan bot nelayan kira-kira jam 4 pagi itu, dua mangsa dilaporkan selamat, manakala dua lagi masih hilang.
Mangsa selamat dikenali sebagai Adrian @ Agus Bahtiar, 45, dan Oyong @ Herman, 35, yang diselamatkan nelayan lain yang berada berhampiran kawasan itu.
Mangsa masih hilang dikenali sebagai Andi Manso, 40, dan Sindora, 42, kata Pengarah Agensi Peguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki.
Beliau berkata, susulan itu operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan jam 7 petang, Jumaat.
"Kita menerima maklumat bot berkenaan dipukul ombak kuat sebelum terbalik dan karam.
"Sejurus menerima makluman, SAR digerakkan membabitkan enam aset laut pelbagai agensi keselamatan.
"Pencarian menumpukan keluasan 175 batu nautika persegi dan dibahagikan kepada enam sektor," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
BACA: Bot tunda karam: Mangsa berenang tujuh jam, 3 masih hilang
Beliau berkata, operasi SAR berdepan kesukaran akibat cuaca buruk.
Rabu lalu, sebuah bot tunda karam di perairan Kinabatangan, dengan dua mangsa selamat manakala tiga lagi masih hilang.
Topic Berkaitan
#bot karam
#nelayan
#lemas
#hilang
#Lahad Datu
#Kinabatangan
#selamat
#Maritim Malaysia
#bot tunda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan