Lagi insiden pokok tumbang di Kuala Lumpur, kali ini berdekatan Jalan Pinang

Hasimi Muhamad
Mei 13, 2024 08:46 MYT
Difahamkan, sekurang-kurangnya sebuah kenderaan turut dihempap pokok dalam kejadian tersebut - Foto/Kredit KLC3
KUALA LUMPUR: Lagi insiden pokok tumbang di ibu negara, dengan terbaharu dilaporkan berlaku di hadapan Kuwait Bank, berdekatan Jalan Pinang susulan hujan lebat petang ini.
Menurut kemas kini laman X Trafik Radio Astro, laluan trafik perlahan dari arah Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC), dan jalan telah ditutup buat sementara waktu susulan insiden berkenaan.
Insiden difahamkan berlaku sekitar jam 3.30 petang.

(13/05/2024 | 3:27PM)#kltu JALAN P.RAMLEE: Officials report of a fallen tree in front of the Kuwait Bank. Traffic is slow coming from KLCC. The road has since been temporarily closed. pic.twitter.com/LqiC3kpidW

— Astro Radio Traffic (@astrotraffic) May 13, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kemas kini tersebut menambah kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan di lokasi kejadian, ketika ini.
Sementara itu, semakan Astro AWANI di laman sosial mendapati rata-rata pengguna laman X turut berkongsi video insiden berkenaan.
Difahamkan, beberapa buah kenderaan turut dihempap pokok dalam kejadian tersebut.
Dalam perkembangan sama, Pegawai Media Ketua Menteri Melaka, Shahnor Samsudin dalam kemas kini di laman Instagram memaklumkan insiden pokok tumbang itu hampir mengenai kenderaan dinaiki Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.
Ab. Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara dilaporkan selamat dan tidak terlibat dalam insiden berkenaan.

(13/5/2024 | 4:22PM)#kltu JALAN P. RAMLEE: Kerja pembersihan pokok tumbang di Jalan Pinang berhadapan Bank Kuwait menyebabkan kesesakan dari KLCC. Juga penutupan penuh semua lorong di lokasi kejadian, sila gunakan llauan alternatif. pic.twitter.com/jTrzFqtQkc

— Astro Radio Traffic (@astrotraffic) May 13, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pokok depan office pulak tumbang Btw, itu bukan suara saya pic.twitter.com/wyQMTZKO3c

— Shakirah (@shakirah2335) May 13, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Astro AWANI sedang mendapatkan pengesahan rasmi daripada pihak berkaitan.
Pada 7 Mei lalu, seorang maut sementara seorang lagi cedera dalam insiden pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail.
Kejadian pada jam 2.19 petang itu, turut menyebabkan 17 kenderaan dan landasan monorel terjejas.
#Poko tumbang di Jalan Pinang #hujan lebat #Insiden pokok tumbang