Lagi kenderaan songsang dikesan berhampiran Jalan Kuching

Fareez Azman
September 17, 2019 04:19 MYT
Sebuah kenderaan dilihat dipandu melawan arus di lorong tengah Jalan Kuching pada awal pagi Isnin. - Foto Facebook
Satu video tular di laman sosial sejak Isnin, menunjukkan sebuah kenderaan yang dipandu secara melawan arus berhampiran Jalan Kuching, di sini, pada awal pagi.
Kejadian dipercayai berlaku kira kira jam 3.50 pagi Isnin.
Sebuah kenderaan dilihat dipandu di lorong tengah, datang dari arah bertentangan, sehingga hampir menyebabkan kemalangan.
Kejadian itu disiarkan laman Facebook Info Roadbloack JPJ/Polis yang mengambil dari rakaman kamera papan pemuka kereta.
Bagaimanapun, jenis kenderaan yang melawan arus itu masih belum dikenal pasti.
Astro AWANI sedang cuba mendapatkan komen daripada pihak berkuasa berkenaan kejadian ini.
#Facebook #Jalan Kuching #JPJ #Kamera papan pemuka #kemalangan #kenderaan #melawan arus #Menentang arus #Menyongsang #pemandu #Tular