MALAYSIA
Lagi kes buli, 6 pelajar Tingkatan 5 MRSM di Melaka digantung - Asyraf Wajdi
Datuk Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan bahawa beliau menerima banyak aduan daripada pengikut media sosialnya mengenai insiden tersebut sejak awal pagi Sabtu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Enam pelajar Tingkatan Lima sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Melaka telah digantung persekolahan dan berkemungkinan akan dibuang sekolah susulan penglibatan mereka dalam kes buli.
Ringkasan AI
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan bahawa beliau menerima banyak aduan daripada pengikut media sosialnya mengenai insiden tersebut sejak awal pagi Sabtu.
Berikutan itu, beliau segera mendapatkan laporan daripada pihak pengurusan Mara dan menegaskan bahawa tiada ruang untuk rayuan dalam kes sebegini.
"Pagi-pagi lagi ramai tag perihal insiden buli yang berlaku di salah sebuah MRSM di Melaka. Terus saya minta laporan dari pengurusan MARA.
"Enam pelajar Tingkatan 5 terlibat buli digantung dan dicadang untuk dibuang. Tak perlu merayu. #YouTouchYouGo," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Sabtu.
Langkah tegas Mara terhadap pelajar yang terlibat dalam perlakuan buli bukanlah sesuatu yang baharu sejak institusi itu berada di bawah seliaan Asyraf Wajdi.
Pada April lalu, tujuh pelajar dari sebuah MRSM Seberang Perai Selatan turut dicadangkan untuk ditamatkan pengajian selepas terlibat dalam insiden buli yang tular di media sosial.
Terbaharu, tujuh pelajar MRSM Besut ditahan polis bagi membantu siasatan kes buli di instiusi berkenaan pada Jun. Enam daripada mereka telah dibuang serta-merta.
Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi menegaskan bahawa Mara telah berulang kali menyatakan pendirian bahawa tiada toleransi terhadap sebarang bentuk buli.
“Kita mahu melahirkan generasi pemimpin yang berakhlak dan beradab, bukan individu yang merosakkan nilai agama dan tamadun,” katanya lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut menegaskan komitmen untuk menjadikan MRSM serta institusi pendidikan di bawah Mara sebagai kawasan bebas buli.
Ringkasan AI
- Enam pelajar Tingkatan Lima MRSM Melaka digantung dan dicadangkan untuk dibuang sekolah selepas terlibat dalam kes buli, dengan arahan tegas daripada Pengerusi Mara agar tiada rayuan diterima.
- Tindakan terhadap pelajar terbabit selari dengan pendekatan Mara sebelum ini, termasuk kes-kes di MRSM Seberang Perai Selatan dan MRSM Besut yang turut melibatkan penamatan pengajian dan siasatan polis.
- Mara mengekalkan pendirian tegas terhadap buli dan berkomitmen menjadikan semua institusi pendidikannya sebagai zon bebas buli demi melahirkan generasi berakhlak dan beradab.