MALAYSIA
Lagi lelaki disyaki ahli kumpulan penjenayah ditembak mati di Sungai Petani
Suspek dipercayai berasal dari Perak dan aktif dalam kegiatan samun bersenjata api di seluruh Semenanjung Malaysia. - Astro AWANI
SUNGAI PETANI: Seorang lelaki disyaki ahli kumpulan penjenayah bersenjata maut ditembak dalam operasi polis di persimpangan jalan Sidam Kiri, Kedah, sekitar jam 7.50 malam Sabtu, menurut kenyataan rasmi Bukit Aman.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus, berkata suspek berusia 34 tahun itu memiliki lebih 30 rekod jenayah lampau, dan dipercayai anggota kumpulan sama dengan dua individu yang ditembak mati dalam insiden berasingan di Jitra, pagi Sabtu.
Pasukan JSJ Bukit Aman bersama JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah mengesan suspek di lokasi kejadian dan cuba menahannya.
Namun, suspek enggan bekerjasama dan melepaskan tembakan, menyebabkan berlaku berbalas tembakan sebelum suspek berjaya ditumpaskan di tempat kejadian.
Suspek ditemukan maut di dalam sebuah Toyota Camry, dan pemeriksaan lanjut menemukan sepucuk pistol, peluru hidup dan beberapa barang kes lain.
Suspek dipercayai berasal dari Perak dan aktif dalam kegiatan samun bersenjata api di seluruh Semenanjung Malaysia.
Menurut Fadil, suspek disyaki terlibat dalam tiga kes samun terkini - di Melaka (Disember), Nilai (Mac) dan Ipoh (Jun) - serta merupakan antara orang kanan kumpulan penjenayah yang aktif sejak 2022, dengan kerugian direkodkan hampir RM6 juta melibatkan kedai emas.
“Kami percaya kumpulan ini turut terlibat dalam beberapa lagi kes samun di kilang, premis perniagaan dan kedai emas di negeri lain,” katanya.
Kumpulan tersebut dipercayai mempunyai belasan ahli, dan polis akan melancarkan serbuan susulan serta tangkapan dalam masa terdekat.
Mereka juga disyaki terlibat dalam pengedaran dadah, gengsterisme, pemerasan dan perebutan kuasa.
Fadil menegaskan bahawa polis akan terus bertindak secara agresif dan tegas terhadap jenayah bersenjata yang mengancam keselamatan awam dan menyebabkan kematian atau kecederaan parah.