[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
MALAYSIA

Lagi pencemaran bau, LRA Rantau Panjang dihenti operasi

Astro Awani 18/11/2020 | 13:01 MYT
LRA Rantau Panjang telah dihenti tugas pada jam 7.10 malam. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sekali lagi menerima laporan daripada pihak Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) berkenaan pencemaran bau seakan pelarut dengan bacaan 1 ton di muka sauk loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang pada jam 7 petang tadi.

Berikutan itu, LRA Rantau Panjang telah dihenti tugas pada jam 7.10 malam.

Dalam satu kenyataan, LUAS, Air Selangor dan pihak-pihak terlibat sedang menjalankan siasatan dan tindakan-tindakan mitigasi segera.

Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, katanya.


Sumber Facebook permalink.php?story_fbid=3687186778041944&id=358414984252490"><


#pencemaran sungai #pencemaran bau #LRA Rantau Panjang #LUAS #Air Selangor