ISU Palestin kini menjadi sorotan di kala pandemik COVID-19 kian mengganas.

Tindakan rejim zionis Israel melakukan pengusiran terhadap rakyat Palestin di bulan suci Ramadan baru-baru ini mengundang kecaman dunia yang mengharapkan satu jalan penyelesaian terbaik dicapai.

Bukan hanya kalangan ahli politik, sejumlah selebriti antarabangsa tidak terkecuali menyuarakan ketidakpuasan hati atas apa yang berlaku, malah rata-rata memberi sokongan penuh kepada rakyat Palestin yang ditindas.

Seruan itu dizahirkan di akaun media sosial peribadi mereka bagi meluahkan kebenaran tentang isu Palestin.

Berikut empat selebriti antarabangsa yang memberi sokongan dan rasa prihatin kepada rakyat Palestin.


Susan Sarandon 

Pelakon Amerika dan aktivis kemanusiaan Susan Sarandon, telah beberapa kali mengulang kicau di akaun sosial Twitter menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin

Di dalam posting berkenaan, beliau berkata, "Bersolidariti terhadap rakyat Palestin yang berdepan pembersihan etnik dan keganasan oleh pemerintah Israel dan organisasi pendudukan Yahudi. DUNIA MENJADI SAKSI."



Zayn Malik 
 
Pemuzik British, Zayn Malik, turut menyuarakan sokongan buat Palestin dengan memuat naik hantaran mengenai Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu United Nation Children's Fund (Unicef).

Zayn yang mempunyai 31 juta pengikut mengutarakan isu mengenai anak-anak Palestin yang dibunuh kejam oleh rejim zionis yang disifatkannya tidak berperikemanusiaan.    


Rogers Water

Roger Waters, vokalis dan pemain bass kumpulan Pink Floyd ikut bersuara di Twitter.

"Israel secara rasmi adalah negara apartheid.

"Lihat genosid dalam pengusiran di Sheikh Jarrah."

Beliau juga menyertakan video kritikan atas tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS) yang masih mendukung pendirian Israel.

"Pihak yang anda sokong adalah yang melakukan genosid, pengusiran penduduk dari rumah mereka.

"Kamu sokong (tindakan) ini, Joe Biden?" ujarnya dalam video singkat tersebut. 




Cornel West 
 
Cornel Ronald West ialah ahli falsafah Amerika, aktivis politik, pengkritik sosial, dan intelektual masyarakat.

Beliau sentiasa bersikap ekspresif menyokong isu membabitkan rakyat Palestin.

West turut menyifatkan tindakan rejim zionis sebagai pengecut dan zalim.     



Bianca Balti

Beliau menyokong penuh rakyat Palestin

Bianca Balti, model antarabangsa dari Itali, berharap agar rakyat Palestin dapat pembelaan atas apa yang berlaku.   

"Ramai yang berkata Israel ada hak untuk mempertahankan diri, atas dasar keselamatan, tetapi senyap apabila hak yang sama dipinta rakyat Palestin.

"Selagi kita tidak pertahankan hak rakyat Palestin sebagaimana terhadap Israel, kita tiada asas yang hakiki tentang keadilan dan keamanan."



Lena Headey 
Memberi updated mengenai Palestine

Pelakon yang memegang watak Cersei Lannister dalam siri Game of Thrones, Lena Headey memuat naik status dari @bunchofscrawlers mengenai situasi di Sheikh Jarrah.

"Lebih 1,500 warga Palestin di sekitar wilayah Baitulmaqdis berdepan ancaman diusir dan dimusnahkan kediaman mereka oleh pemerintah Israel," kata beliau dalam status yang dimuat naik di akaun media sosialnya.