awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lagi serangan buaya di Telaga Air, kanak-kanak hilang disambar ke dasar sungai

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
21/05/2022
05:52 MYT
Lagi serangan buaya di Telaga Air, kanak-kanak hilang disambar ke dasar sungai
Penduduk Kampung Nyabut, Telaga Air turut sama membantu pihak bomba dalam operasi SAR Mohamad Adammi Mokhtar, 7 tahun di tebingan sungai lokasi mangsa di percayai di sambar buaya pada pagi Sabtu. - Foto Astro AWANI
KUCHING: Seorang kanak-kanak lelaki Mohamad Adammi Mokhtar, 7, hilang diserang buaya dalam kejadian terkini di Kampung Nyabut, Telaga Air dekat sini.
Menurut Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii, insiden dipercayai berlaku sekitar jam 8.30 pagi.
"Berdasarkan maklumat awal, mangsa sedang duduk bersama-sama nenek dan kakaknya di tebing sungai berkenaan sambil mengambil air.
“Bagaimanapun secara tiba-tiba, muncul seekor buaya lalu menyambar kanak-kanak berkenaan dan mengheretnya ke dasar sungai.
Kata Ling Hii, sebaik menerima laporan kejadian sekitar jam 9.30 pagi tadi, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya telah diatur gerak ke lokasi.
"Setiba di lokasi, dengan kekuatan lima anggota, pasukan ini segera mengaktifkan gerakan mencari dan menyelamat.
Bomba katanya lagi, turut menghubungi pihak Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) bagi mendapatkan bantuan pasukan elit pemburu buaya SWAT SFC.
Ini merupakan kes kedua melibatkan serangan buaya di Sarawak dalam tempoh tiga hari, dengan kes yang pertama berlaku di Kampung Kangka, Sempadi, kira-kira 30 minit perjalanan dari Telaga Air.
BACA: Kepala lelaki dibaham buaya ditemui hanyut
Topic Berkaitan
#serangan buaya
#Telaga Air
#Balai Bomba dan Penyelamat
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan