KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar misi-misi yang dirancang dan ditetapkan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dapat dilaksanakan dengan jayanya demi kesejahteraan dan kemakmuran ekonomi rakyat dan negara.
Istana Negara, menerusi hantaran di Facebook hari ini, memaklumkan, bagi tujuan itu, Al-Sultan Abdullah telah menitahkan semua pihak dan agensi berkaitan supaya memberi sokongan padu dan kerjasama bagi memastikan pelan induk untuk memacu transformasi industri pada skala besar itu dilaksanakan dengan lancar serta berkesan.
"Seri Paduka juga mendoakan agar dengan pelaksanaan pelan induk tersebut, Malaysia kekal berdaya saing dan berdaya maju selain meletakkan negara sebagai kuasa ekonomi serantau," menurut Istana Negara.
Terdahulu, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Pengarah Bahagian Pembangunan Industri, Aedreena Reeza Alwi dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Industri, Ahmad Akmal Muhamad di Istana Negara, hari ini.
Pada sesi menghadap bermula jam 3 petang itu, Seri Paduka berkenan menerima sembah taklimat daripada Tengku Zafrul berkenaan NIMP 2030 yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 1 Sept lalu.
NIMP 2023 adalah kerangka dasar komprehensif merangkumi misi, keutamaan dan pelan tindakan dalam transformasi sektor perkilangan di negara ini, ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara industri berteknologi tinggi dengan transformasi digital.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 18 2023

Seri Paduka berkenan menerima sembah taklimat daripada Tengku Zafrul berkenaan NIMP 2030 yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 1 Sept lalu. - Foto Facebook Istana Negara

Kajian Pelan Tindakan Strategik Pengangkutan Awam mantapkan pengangkutan awam negara
Bahagian Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Kementerian Ekonomi sedang dalam perancangan melakukan kajian Pelan Tindakan Strategik Pengangkutan Awam bagi memantapkan lagi sektor itu.

Khadijah Ibrahim terima Anugerah Inspirasi Sepanjang Zaman
Khaty berkata beliau gembira dan bersyukur atas penghargaan itu, serta meminta anak-anak agar terus berbakti kepada orang tua mereka yang sememangnya dituntut dalam Islam.

CFO Kumpulan IHH Joerg Ayrle diarahkan bercuti mulai 30 Sept 2023
Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (CFO) IHH Healthcare Bhd Joerg Ayrle diarahkan bercuti mulai 30 Sept 2023 sehingga tamat kontrak pekerjaannya di Malaysia menjelang 31 Jan 2024.

Serangan seksual: Mahkamah kembalikan hukuman penjara 10 tahun terhadap peniaga
Mahkamah Rayuan mengembalikan keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang peniaga kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya.

Siti Nurhaliza mahu bangunkan galeri sendiri
Menurut Siti, sungguhpun sudah lama mencetuskan idea untuk membangunkan sebuah galeri, namun masih tiada lagi perbincangan serius antara dirinya dan pihak pengurusan.
TNB mengorak langkah penting memacu TBB berskala besar
TNB mengorak langkah penting dalam komitmennya memacu TBB berskala besar dan inisiatif teknologi bersih dengan menerajui tiga projek utama yang digariskan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Perarakan Maulidur Rasul: 52 terbunuh dalam letupan di Balochistan Pakistan
Satu letupan kuat ketika perarakan sambutan maulidur rasul melanda wilayah Balochistan di barat daya Pakistan pada Jumaat, mengorbankan 52 nyawa manakala berpuluh-puluh yang lain.
Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM47.59 bilion daripada RM51.07 bilion pagi ini, tetapi mudah tunai dana islam meningkat kepada RM20.88 bilion daripada RM17.74 bilion sebelumnya.
Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM47.59 bilion daripada RM51.07 bilion pagi ini, tetapi mudah tunai dana islam meningkat kepada RM20.88 bilion daripada RM17.74 bilion sebelumnya.
Pantau Agenda Reformasi: Penarafan Universiti: Apa sumbangan kepada masyarakat?
Prof. Emeritus Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa IsHAK, Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara
Tourism Malaysia lancar "Let's Go MRXD" musim kedua, guna teknologi Metaverse
Tourism Malaysia meneroka percubaan pertamanya ke dalam teknologi Metaverse dengan melancarkan "Let's Go MRXD" musim kedua dengan menampilkan pengalaman mengembara ke beberapa lokasi menarik di seluruh Malaysia menggunakan teknologi Metaverse.

Malaysia miliki segala yang perlu untuk bangkit kembali sebagai ekonomi dinamik - PM Anwar
Malaysia mempunyai potensi amat besar untuk bangkit kembali sebagai sebuah ekonomi dinamik kerana negara mempunyai sumber yang diperlukan, tenaga kerja berkelayakan selain asas ekonominya yang kukuh,

Kerajaan akan beri fokus bangunkan sektor EV - MITI
Liew Chin Tong berkata dasar-dasar berkaitan EV akan disemak setiap beberapa bulan untuk menyokong pertumbuhan subsektor ini.

Laksana NIMP 2030 dengan lancar dan berkesan - Agong
Yang di-Pertuan Agong menitahkan agar misi-misi yang dirancang dan ditetapkan dalam NIMP 2030 dapat dilaksanakan dengan jayanya demi kesejahteraan dan kemakmuran ekonomi rakyat dan negara.

China akan sokong kerajaan Malaysia jayakan NIMP 2030, kata PM Anwar
China akan memberi sokongan kepada kerajaan Malaysia dalam menjayakan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MITI pastikan kepentingan DDI sentiasa dilindungi - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, walaupun dasar liberalisasi dilaksanakan, DDI sentiasa mendominasi pelaburan yang diluluskan.

NIMP 2030: Wadah perkasa industri, pelengkap Ekonomi MADANI - Pakar
NIMP 2030 memerlukan tenaga kerja mahir berasaskan teknologi bagi memenuhi permintaan sektor pekerjaan baharu yang bakal wujud menerusi pelan itu kelak.

Kerajaan akan umum butiran terperinci pelaburan bagi NIMP 2030 dalam Belanjawan 2024 - Tengku Zafrul
Kerajaan akan mengumumkan sebahagian daripada butiran terperinci mengenai peruntukan pelaburan bagi Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dalam pengumuman Bajet 2024.

NIMP 2030 tingkatkan nilai sektor pembuatan kepada RM587.5 bilion - PM Anwar
Pelaksanaan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2023 (NIMP 2030) akan memerlukan kos sekitar RM95 bilion bagi tempoh masa tujuh tahun.

NIMP 2030 laluan kepada peningkatan selanjutnya perindustrian Malaysia - Tengku Zafrul
Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) menyasarkan untuk membentuk sektor pembuatan yang kukuh dan berdaya tahan, menawarkan manfaat menyeluruh kepada pelbagai pihak berkepentingan.

NIMP 2030 akan letakkan semula Malaysia sebagai kuasa ekonomi serantau - PM Anwar
Pelan itu merupakan sebahagian komponen Ekonomi MADANI, yang akan menghidupkan semula sektor pembuatan.