KUALA LUMPUR : Pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan langkah terbaik dalam usaha membendung semula penularan COVID-19 yang kembali memuncak.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau sedar pelaksanaan itu bakal menelan belanja besar, namun, kerajaan perlu bertanggungjawab melindungi nyawa rakyat.
“Tiada sebab lagi untuk orang ramai mengadakan majlis sosial yang menyebabkan himpunan yang ramai ketika ini.
“Kerajaan perlu bertanggungjawab dalam mengeluarkan belanja untuk laksana semula PKP meskipun ia agak tinggi namun kerajaan tetap harus laksanakan.
“Kerajaan perlu secara serius mengatasi wabak ini, jika tidak kita hanya menyaksikan nyawa orang ramai melayang tanpa dapat diselamatkan,” katanya menerusi perkongsian di blognya pada Khamis.
Dalam pada itu, Dr Mahathir turut mendakwa, kerajaan ketika ini tidak belajar daripada kesilapan terdahulu yang merujuk pada keputusan melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah.
Keputusan tersebut, tegas beliau, telah menyaksikan gelombang baharu COVID-19 kepada negara ketika itu.
“Kerajaan terlalu yakin dalam mengendalikan pandemik sewaktu itu dengan melaksanakan PRN di Sabah.
Hasilnya kita dapat lihat lonjakan kes berada pada tahap yang menakutkan,” katanya lagi.
Dr Mahathir dalam masa sama turut mengingatkan masyarakat agar sentiasa memelihara kawalan kendiri terutamanya soal penjarakan fizikal yang juga tidak terkecuali kepada anggota petugas barisan hadapan.
Hilmi Malik
Thu May 20 2021

Tun Dr Mahathir Mohamad menyedari pelaksanaan PKP bakal menelan belanja besar, namun, kerajaan perlu bertanggungjawab melindungi nyawa rakyat. - Gambar fail

COVID-19 | Perancis lanjutkan ujian COVID bagi pelancong dari China
Perancis memutuskan untuk melanjutkan ujian COVID-19 terhadap pelancong yang tiba dari China sehingga 15 Februari kerana terdapat beberapa situasi dan perkembangan baharu.

AWANI Ringkas: Penyelesaian banjir di Johor

AWANI Ringkas: Serangan bersenjata di Tehran

Vaksin COVID-19 | Jumlah penerima dos penggalak kedua bertambah, kini 2.4%
Kemas kini terbaharu di portal KKM NOW menunjukkan, dengan pemberian harian sebanyak 1,779 dos, bilangan penerima dos penggalak kedua kini meningkat kepada 2.4 peratus.

COVID-19 | 258 kes baharu, dua kematian dilaporkan
Untuk 21 hari berturut-turut, jangkitan baharu COVID-19 dalam negara kekal berada di bawah 500 kes.

Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.

Pembersihan UMNO: Pecat, gantung pemimpin atas syor Lembaga Disiplin - Isham
Isham menjelaskan, beliau tidak dapat mengulas lanjut tentang perincian pelanggaran disiplin yang dibuat pemimpin berkenaan kerana beliau bukan berada dalam Lembaga Disiplin.

THT pertaruh tiga import hadapi MHL
Mereka adalah Choi Hoil, Yoo Seung Ho dan Jang Jonghyun, bintang hoki Korea Selatan yang berpengalaman beraksi di pentas Olimpik.

Suspek pukul rakan direman tujuh hari
Tempoh reman berkenaan bermula pada Sabtu bagi melengkapkan siasatan berhubung kematian mangsa yang berusia 76 tahun.

Polis minta waris, saksi buat laporan nahas di Rawang Bypass
Kejadian dipercayai berlaku melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang wanita tempatan berusia 33 tahun.

Pembersihan UMNO: 'Tunggu saya jawab' - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, beliau akan menjawab mengenai isu tersebut dalam suatu majlis yang akan diadakan tidak lama lagi.

Isu bakar al-Quran: Malaysia ambil pendekatan edar sejuta naskhah al-Quran ke seluruh dunia
Malaysia ambil pendekatan yang dianggap paling memberikan faedah kepada Islam iaitu dengan mengedarkan lebih sejuta naskah al-Quran ke seluruh dunia.

Malaysia Madani penting bagi pertumbuhan, kurangkan jurang ketidaksamaan - IDEAS
IDEAS berkata tema tersebut turut memberi penekanan terhadap usaha pembasmian kemiskinan, pertumbuhan mampan dan sokongan lanjut untuk PKS.

Joe Biden ucap tahniah kepada Anwar, puji demokrasi Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima ucapan tahniah daripada Presiden Amerka Syarikat Joe Biden,

Kerajaan pertimbang selaras elaun JPKK, JPKKP - Zahid
Elaun berkenaan berbeza mengikut negeri dengan Selangor menyediakan elaun tertinggi iaitu RM1,500 diikuti Johor RM1,200.

Kenyataan tular PM setuju Pemuda Pas tunjuk perasaan di Kedutaan Sweden adalah palsu - JPM
Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu.

Syor kaji semula mata pelajaran Pendidikan Islam diteliti - PM Anwar
Kerajaan sedia melihat keperluan untuk mengkaji semula mata pelajaran Pendidikan Islam bagi memberi kefahaman yang lebih jelas kepada pelajar.

Himpunan bantah bakar Al-Quran: Pas agak terlewat, namun ia bukan satu masalah- Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Pas untuk mengadakan himpunan solidariti bagi membantah penghinaan Islam dilakukan ahli politik sayap kanan Sweden, Rasmus Paludan sebagai agak terlewat.

Ahmad Zahid mohon pasport dikembalikan secara kekal untuk jalankan tugas rasmi
Permohonan tersebut bersifat bona fide (berniat baik) dan bertujuan beliau dapat menjalankan tugas rasmi dengan lancar.

Anwar harap Rundingan Tahunan Malaysia-Brunei muktamadkan beberapa perkara
Antara yang akan dibincangkan kedua-dua negara termasuk bidang kesukanan dan belia, kehakiman syariah serta pendidikan.