awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lakukan amang seksual, pemuda diperintah ke Sekolah Henry Gurney

Bernama
Bernama
18/12/2023
09:26 MYT
Lakukan amang seksual, pemuda diperintah ke Sekolah Henry Gurney
Hakim Tasnim Abu Bakar memutuskan demikian selepas tertuduh berusia 20 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan seorang pemuda dihantar ke Sekolah Henry Gurney di Telok Mas, Melaka kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, pada Mac tahun lalu.
Hakim Tasnim Abu Bakar memutuskan demikian selepas tertuduh berusia 20 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.
"Mengambil kira faktor tiada rekod jenayah lampau dan usia yang masih muda serta kepentingan awam, tertuduh diperintah ditahan di Sekolah Henry Gurney hingga mencapai usia 21 tahun. Perintah berkenaan mengikut Seksyen 76 Akta Kanak-Kanak 2001," kata hakim itu.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak itu di tangga sebuah blok kondominium di Wangsa Maju, di sini, antara jam 7 malam hingga 8 malam, pada 4 Mac tahun lepas.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit keselahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Ikhwan Mohd Nasir memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat dengan mengambil kira faktor kepentingan awam dan mangsa adalah kanak-kanak.
Bagaimanapun, tertuduh, yang tidak diwakili peguam, berkata dia menyerahkan kepada mahkamah untuk menjatuhkan hukuman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#amang seksual
#Sekolah Henry Gurney
#kanak-kanak lelaki
#Mahkamah Sesyen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan