SINGAPURA: Pihak berkuasa Singapura menjangkakan trafik di Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas akan mengalami kesesakan pada hujung minggu berikutan cuti umum sempena Hari Kebangsaan pada 9 Ogos 2022.
Menurut Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dari 5 hingga 10 Ogos mungkin akan berlaku kelewatan dan pelancong dinasihatkan merancang perjalanan mereka untuk mengelak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
ICA memaklumkan bahawa aliran trafik meningkat secara beransur-ansur di kedua-dua pusat pemeriksaan dengan bilangan pelancong turut meningkat kepada lebih 290,000 sehari pada hujung minggu baru-baru ini - 29 hingga 31 Julai -.
"Angka itu telah melepasi jumlah perjalanan ketika cuti sekolah pada Jun (278,000 sehari), Hari Wesak (224,000 sehari) dan Good Friday (149,000 sehari) pada hujung minggu," menurut ICA dalam nasihat perjalanan yang dikeluarkan menerusi laman sesawangnya pada Khamis.
Pada waktu puncak hujung minggu yang panjang sempena Hari Kebangsaan pada 2019, ICA memaklumkan jumlah pelancong yang melalui pusat pemeriksaan darat perlu menunggu sehingga empat jam sebelum mereka dibenarkan masuk ke negara itu.
Pelancong dinasihatkan supaya mengambil kira masa tambahan di imigresen dan mengelakkan terperangkap pada waktu puncak.
ICA juga mengingatkan pelancong yang berlepas melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands bahawa Jabatan Imigresen Malaysia telah memulakan kerja-kerja menaik taraf balai ketibaan di Bangunan Sultan Iskandar sejak 6 Jun.
"Sepanjang tempoh ini, balai ketibaan yang sedang dinaik taraf tidak akan beroperasi," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 04 2022
Menurut Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dari 5 hingga 10 Ogos mungkin akan berlaku kelewatan dan pelancong dinasihatkan merancang perjalanan mereka untuk mengelak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Singapura rampas 1.5 tan produk segar dan makanan proses dari Malaysia
Kira-kira 1.5 tan produk segar dan makanan diproses yang diimport secara haram dari Malaysia dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA).
Rakyat Malaysia 22 tahun ditahan bersama lebih 4.7kg heroin di Pusat Pemeriksaan Woodlands
Pegawai menjumpai beg kanvas dalam but kereta ketika melakukan pemeriksaan ke atas kereta itu.
Lalu lintas dijangka sesak di Pusat Pemeriksaan Woodlands, Tuas menjelang Hari Kebangsaan
Pihak berkuasa Singapura menjangkakan trafik di Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas akan mengalami kesesakan pada hujung minggu berikutan cuti umum sempena Hari Kebangsaan pada 9 Ogos 2022.
Singapura rampas 815 burung, cuba diseludup masuk di dalam bas
Semasa diperiksa, pegawai-pegawai ICA mengesan tanda-tanda pengubahsuaian pada bahagian tayar belakang bas itu.
Motosikal terbakar di Pusat Pemeriksaan Woodlands
Semakan dengan Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) mengesahkan kejadian itu dan api telah dipadamkan dengan segera.
Mansuh, kurangkan caj tol bukti hubungan baik Malaysia-Singapura
Langkah kerajaan Singapura memansuhkan caj tol bagi kenderaan yang memasuki republik itu mencerminkan hubungan baik antara kerajaan republik itu dengan Malaysia.
Singapura mansuhkan tol masuk di Woodlands mulai 1 Feb
LTA berkata semakan semula itu bagi memadankan pemansuhan caj tol oleh Malaysia baru-baru ini di Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur.
26 cedera dalam kemalangan berangkai di Woodlands, Singapura
Seorang pemandu bas dan 25 penumpang lain cedera dalam sebuah kemalangan berangkai di Pusat Pemeriksaan Woodlands, Singapura pagi tadi.