Jambatan ikonik Terengganu Jambatan Angkat atau Drawbridge di sini akan dibuka kepada orang ramai bagi tempoh percubaan iaitu dari 2 hingga 17 Jun ini.
Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pembukaan selama 16 hari itu memberi peluang kepada orang ramai memanfaatkan kemudahan itu pada perayaan Aidilfitri nanti.
Menurutnya, laluan jambatan yang menyediakan empat lorong itu akan ditutup semula pada 17 Jun untuk tempoh tertentu sebelum operasinya dibuka sepenuhnya.
"Orang ramai boleh mula menggunakan pada 2 haribulan hingga 17 haribulan. Tujuan diadakan tempoh itu adalah untuk kita cuba dan kita kenal pasti masalah-masalah yang mungkin timbul.
"Pun begitu, ingatan kita agar semua pengguna Drawbridge itu tidak berhenti di atas Drawbridge atas apa alasan sekalipun, walaupun untuk ambil gambar dan sebagainya. Tidak boleh.
"Jadi, kita minta, lalu sahaja. Selepas tempoh 17 haribulan, kita akan tutup untuk kenal pasti apa masalah yang timbul dan baiki masalah sebelum kita buka balik di hari yang kita tentukan kemudian," kata Ahmad Samsuri pada Selasa.
Pada masa ini, mercu tanda ikonik Terengganu itu sudah mencapai 99 peratus siap dan pihak kerajaan negeri sedang bertungkus lumus bagi memastikannya siap sepenuhnya secepat mungkin.
Jambatan angkat yang merupakan komponen Kuala Terenggani City Centre (KTCC) itu bakal menjadi produk pelancongan terbaru negeri itu.
Jambatan ikonik pertama di Asia Tenggara itu menghubungkan muara selatan di pusat bandar raya Kuala Terengganu dan muara utara di Seberang Takir.
Astro Awani
Tue May 21 2019

Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof (dua, kiri) meninjau Projek Kuala Terengganu City Centre (KTCC) Drawbridge (Fasa II) pada Isnin. - Gambar fail/BERNAMA.

Boris Johnson mohon maaf isu skandal anggota kanan kerajaan
Johnson berdepan tekanan untuk menjelaskan apa yang beliau tahu tentang dakwaan salah laku sebelum ini terhadap ahli parlimen Chris Pincher.

Politik Britain | Nadhim Zahawi ganti Rishi Sunak sebagai Menteri Kewangan
v

COVID-19 | Sub-Varian Omicron tular dengan pantas di A.S
Sub-Varian COVID-19 Omicron BA.4 dan BA.5 menular dengan pantas di Amerika Syarikat. Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, BA.4 membentuk 16.5 peratus daripada varian manakala BA.5 menyumbang 53.6 peratus daripada kesemua varian di negara itu.

COVID-19 | Shanghai laksana ujian saringan besar-besaran
Bandar Shanghai mengumumkan dua pusingan baharu ujian COVID-19 besar-besaran terhadap kebanyakan 25 juta penduduknya dalam tempoh tiga hari. Ia susulan laporan jangkitan di pusat karaoke minggu lalu.

Politik Britain | Dua Menteri Kanan Britain letak jawatan serentak
Dua Menteri Kabinet paling kanan Britain meletak jawatan, pada Selasa. Langkah itu memberi tekanan dan mampu menamatkan kepimpinan Perdana Menteri Boris Johnson selepas terpalit beberapa dakwaan skandal. Menteri Kewangan, Rishi Sunak dan Menteri Kesihatan, Sajid Javid meletak jawatan selang beberapa minit antara satu sama lain.

Politik Britain | Boris Johnson mohon maaf skandal anggota kanan kerajaan
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson memohon maaf atas pengendaliannya terhadap dakwaan salah laku seksual oleh anggota kanan kerajaannya. Johnson berdepan tekanan untuk menjelaskan apa yang beliau tahu tentang dakwaan salah laku sebelum ini terhadap Ahli Parlimen, Chris Pincher yang meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Whip ketika mana heboh diperkatakan dia meraba dua lelaki di sebuah kelab persendirian.

Perang Rusia-Ukraine | Turkiye mahu tingkat rundingan bersama
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berhasrat untuk memperhebatkan rundingan bersama Rusia dan Ukraine. Hasrat itu adalah dengan mencapai perjanjian mengenai rancangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengeksport bijirin Ukraine ke pasaran dunia.

COVID-19: 2,932 kes baharu, tiga kematian direkod
Kes baharu meningkat sebanyak 2,932 kes dengan dua daripadanya merupakan kes import.

MACP dalam perbincangan lanjutkan hak cipta P. Ramlee
Ini kerana mengikut Akta Hak Cipta 1987, tempoh hak cipta semasa adalah 50 tahun iaitu selepas peninggalan pencipta.

360,000 PMKS mendapat manfaat jaminan kredit CGC dalam tempoh 50 tahun
36 peratus daripada lebih sejuta Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang berdaftar mendapat manfaat dari jaminan kredit Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) sejak 50 tahun lalu.

Terengganu pertingkat kempen kesedaran selamatkan penyu
Langkah yang dilakukan itu bagi menggelakkan jumlah hidupan itu terus berkurangan sehingga diancam kepupusan.

Terengganu mahu pembinaan Jalan Hulu Besut-Kuala Krai dilaksana semula
Projek pembinaan jalan raya sejauh kira-kira 12 kilometer itu telah melalui proses mengeluarkan tender, namun ia telah dibatalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Bangunan 10 tingkat selesai masalah penempatan pelajar di Mesir
Majlis perasmian bangunan dinamakan Wisma Darul Iman Terengganu bernilai RM6.7 juta itu disempurnakan Menteri Besar Terengganu.

Aidilfitri: Terengganu ubah cuti peristiwa kepada 4 Mei
Perubahan tarikh cuti peristiwa itu dibuat selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini jatuh pada Isnin, 2 Mei.

Aidilfitri: Terengganu awalkan cuti peristiwa
Kerajaan Negeri Terengganu bersetuju menjadikan Rabu ini (4 Mei) sebagai hari kelepasan am (Cuti Peristiwa) bagi menggantikan hari Khamis (5 Mei).

PasLeak: Saya belum dipanggil, bersedia beri keterangan - Ahmad Samsuri
Naib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar bersedia memberikan keterangan kepada pihak polis berhubung dokumen 'PasLeak' yang tular.

Terengganu umum 5 Mei cuti peristiwa, sekiranya hari raya 3 Mei - MB
Kerajaan negeri Terengganu bersetuju untuk memberikan cuti peristiwa pada 5 Mei, sekiranya Hari Raya jatuh pada 3 Mei ini.

Pas nafi atur rancangan jatuhkan BN, UMNO - Ahmad Samsuri
"Yang dokumen sampah macam itu pun ada orang percaya jugakah?"

Penjawat awam Terengganu terima Bantuan Khas Aidilfitri RM500
Pemberian bantuan itu melibatkan seramai 13,827 kakitangan awam negeri gred 56 dan ke bawah.

Dakwaan tanah kerajaan dijual kepada Vincent Tan disiasat - MB
Ahmad Samsuri berkata penjualan tanah milik kerajaan ini adalah satu isu yang besar.