awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laluan Basikal Kuala Lumpur: MIROS hanya dipanggil selepas laporan kemalangan

Hilal Azmi
Hilal Azmi
25/01/2018
07:22 MYT
Laluan Basikal Kuala Lumpur: MIROS hanya dipanggil selepas laporan kemalangan
DR SITI: Setakat ini kami belum mula siasatan menyeluruh - Foto Astro AWANI / Hilal Azmi
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) mengakui mereka tidak terlibat dalam perancangan mewujudkan laluan basikal di Kuala Lumpur.
Pemangku Ketua Pengarahnya, Dr Siti Zaleha Ishak memberitahu, mereka hanya dipanggil pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas kes kemalangan motosikal mula tular di media sosial.
Katanya, berdasarkan pertemuan dengan pihak DBKL, MIROS bersetuju untuk menjalankan kajian impak sebelum pemasangan pemisah getah diteruskan.
"Kita memang tidak terlibat pada peringkat awalan.
"Selepas kejadian itu, mereka panggil semua pihak berkepentingan dan pada masa sama kami setuju untuk buat kajian impak.
"Setakat ini kami belum memulakan siasatan menyeluruh," katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya 2018 pada Khamis.
Sebelum ini, pihak DBKL telah membuka semula pemisah laluan basikal dan laluan kenderaan (rubber separator) di pusat bandar berikutan dakwaan alat tersebut mengundang bahaya kepada penunggang motosikal.
Topic Berkaitan
#DBKL
#Dr Siti Zaleha Ishak
#kemalangan
#Kempen Keselamatan Jalan Raya 2018
#Laluan Basikal Kuala Lumpur
#MIROS
#Rubber Separator KL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan