awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laluan berbukit, usung keranda 1km urus pengebumian mayat Orang Asli

Bernama
Bernama
28/06/2021
06:48 MYT
Laluan berbukit, usung keranda 1km urus pengebumian mayat Orang Asli
"Berjalan kaki dengan berpakaian PPE dengan laluan berbukit menyukarkan perjalanan kami, dalam keadaan cuaca yang panas itu juga kami perlu mengawal cara penafasan," luah Mohd Adree. - Foto Facebook Mohd Adree
SEREMBAN: Berjalan kaki hampir sejam dengan mengusung keranda mayat COVID-19, menguji ketahanan mental dan fizikal tiga petugas kesihatan daerah Seremban, ketika menguruskan pengebumian mayat Orang Asli di Kampung Orang Asli Jeram Kedah, Lenggeng dekat sini, baru-baru ini.
Ketika matahari terpacak kira-kira 12 tengah hari, Mohd Adree Zuzalee Adnan, Sheikh Ezamli Sheikh Dolah dan Mohd Shahran Musa, telah bersiap sedia dengan berpakaian lengkap alat perlindungan peribadi (PPE), bersama lima individu lain daripada pihak pengurusan mayat untuk menguruskan mayat pada Jumaat lepas.
Menceritakan situasi itu, Mohd Adree, 37, berkata mengusung keranda dengan laluan berbukit hampir satu kilometer itu, adalah pengalaman pertama dirinya serta rakan-rakan sepanjang menguruskan jenazah yang meninggal dunia akibat COVID-19.
"Berjalan kaki dengan berpakaian PPE dengan laluan berbukit menyukarkan perjalanan kami, dalam keadaan cuaca yang panas itu juga kami perlu mengawal cara penafasan, untuk mengelakkan badan terlalu penat ketika mengusung keranda dan mayat itu.
"Jadi kami perlu berhenti untuk berehat seketika, sebelum meneruskan perjalanan ke tempat pengebumian mayat itu," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Mohd Adree turut berkongsi pengalamannya itu menerusi Facebook miliknya 'Aliff Dal Ro YA' baru-baru ini, mendapat perhatian daripada netizen yang memberikan kata-kata semangat kepada pasukan petugas kesihatan, selain menerima ucapan 'terima kasih Frontliner'.
Beliau berkata, sama seperti prosedur operasi standard (SOP) pengurusan jenazah Islam, petugas perlu mematuhi arahan ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM), bagi mencegah penularan COVID-19.
Mohd Adree berkata selepas selesai pengebumian mayat itu, mereka akan disanitasi serta perlu membersihkan diri, sebelum masing-masing pulang ke rumah.
Beliau berkata sebagai seorang petugas yang menguruskan jenazah COVID-19 untuk tempoh lebih setahun ini, beliau dan rakan-rakannya tidak pernah menganggap ia adalah bebanan, sebaliknya amanah yang perlu dilaksanakan dengan penuh bertanggungjawab.
"Kami bersedia setiap masa apabila dipanggil menguruskan jenazah COVID-19, jadi kesihatan diri, kecergasan fizikal dan mental memainkan peranan penting, kerana kami tidak boleh jangka bagaimana situasi dalam menguruskan sesuatu jenazah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#SOP
#Kementerian Kesihatan
#Orang Asli
#petugas kesihatan
#Seremban
#KKM
#usung keranda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan