TAWAU: Sepasukan anggota bomba terpaksa menumpang kenderaan orang awam sejauh 50 kilometer selepas jentera mereka tidak dapat melepasi laluan berlumpur.
Ketika itu, mereka dalam perjalanan ke operasi mengeluarkan mangsa tersepit akibat kemalangan dalam kejadian di Luasung Jalan Imbak Canyon, Kalabakan, dekat sini, pada Jumaat.
Mangsa kemalangan Jamaludin Raga, 50, disahkan meninggal dunia di lokasi dipercayai akibat kecederaan parah selepas tersepit di bahagian hadapan lori 10 tan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.05 petang dan seramai sembilan anggota bersama tiga jentera serta lapan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kalabakan bergegas ke lokasi sejauh 84 kilometer.
"Kemalangan dilaporkan melibatkan sebuah lori 10 tan yang terbabas sendiri dan terbalik di bahu jalan serta terdapat seorang mangsa yang tersepit.
"Jentera bomba mengalami kesukaran untuk tiba ke lokasi kerana keadaan jalan yang berlumpur dan sempit.
"Sementara menunggu bantuan kenderaan pacuan empat roda bomba tiba, anggota terpaksa mengambil inisiatif menumpang kenderaan pacuan empat roda orang awam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Sabtu.
Julius turut dimaklumkan bahawa tiada liputan Rangkaian Trunk Radio Bersepadu Kerajaan (GIRN) dan rangkaian telefon bimbit di lokasi kejadian.
"Pasukan bomba bersama PBS Kalabakan dapat mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas tetapi disahkan meninggal dunia sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Operasi tamat jam 7.35 malam.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Feb 12 2022
Operasi mengeluarkan mangsa tersepit di bahagian hadapan lori dilakukan dengan bantuan pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian di Luasung Jalan Imbak Canyon, Kalabakan, Tawau. -Foto Sinar Harian
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Lelaki lemas ketika bercuti di Air Terjun Sekayu
Mangsa dipercayai lemas selepas menyelamatkan rakannya yang terjatuh ke dalam air sewaktu mendaki laluan berbukit di tepi kawasan air terjun itu.
Asrama maahad tahfiz di Jitra terbakar, 21 pelajar nyaris maut
Dianggarkan hampir 70 peratus daripada keseluruhan bangunan pusat maahad tahfiz itu musnah.
Lemas ketika cuba selamatkan bapa jatuh sungai
Mangsa, 21, disahkan maut selepas mayatnya ditemui pasukan penyelamat jam 12.59 tengah hari.
Tujuh premis, kereta terbakar
Kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa dan empat kediaman itu juga tidak berpenghuni.
Dua maut nahas dua lori bertembung
Lori dipandu mangsa hilang kawalan ketika melalui jalan selekoh lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori dipandu Nik Mohamad di laluan bertentangan.
Kanak-kanak perempuan antara tiga maut dalam kemalangan di Kuala Krai - Bomba Kelantan
Seorang kanak-kanak perempuan antara tiga disahkan maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan dua kereta di Kuala Krai.
'Jinjing' akhirnya selamat turun dari bumbung rumah pangsa
Jinjing diselamatkan sepasukan bomba dan penyelamat kira-kira 2 petang tadi.
Enam rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Baru pagi ini
Kebakaran tidak melibatkan mangsa dan api dapat dipadamkan sepenuhnya pada 11.09 pagi.
Wanita warga emas ditemukan rentung dengan 80 peratus kesan lecur
Seorang wanita warga emas ditemukan rentung dalam satu kejadian di sebuah rumah di Jalan SS 22/10, Kelana Jaya awal pagi Jumaat.
17 kes terjun jambatan di Kelantan sejak 2021 hingga semalam
Dalam kes terbaharu semalam melibatkan seorang lelaki berusia 43 tahun yang dilaporkan terjun ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong.