awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laluan Jalan Masjid India ditutup sementara susulan mendapan jalan

Astro Awani
Astro Awani
10/11/2025
07:50 MYT
Laluan Jalan Masjid India ditutup sementara susulan mendapan jalan
Insiden dikesan pada jam 8.39 pagi dan penutupan laluan dilakukan dari Lorong Masjid India 4 hingga ke kawasan terjejas bagi tujuan keselamatan dan siasatan lanjut. -Foto DBKL
KUALA LUMPUR: Sebahagian laluan di Jalan Masjid India ditutup sementara kepada kenderaan susulan kejadian mendapan permukaan jalan yang berlaku pagi ini berhampiran premis Bombay Jewellery di Jalan Bonus.

Ringkasan AI
  • Laluan di Jalan Masjid India ditutup sementara disebabkan mendapan permukaan jalan berhampiran premis Bombay Jewellery.
  • DBKL melaksanakan penutupan laluan dari Lorong Masjid India 4 hingga ke kawasan terjejas bagi tujuan keselamatan dan siasatan lanjut.
  • Pengguna jalan disarankan mengikuti arahan penutupan dan gunakan laluan alternatif untuk mengelakkan kesesakan serta kerja pembaikan akan dilakukan sehingga keadaan selamat sepenuhnya.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan memaklumkan, insiden dikesan pada jam 8.39 pagi dan penutupan laluan dilakukan dari Lorong Masjid India 4 hingga ke kawasan terjejas bagi tujuan keselamatan dan siasatan lanjut.
“Pasukan teknikal DBKL bersama wakil Air Selangor, Indah Water Konsortium (IWK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan dan kerja pemantauan,” menurut kenyataan itu.
DBKL turut menasihatkan pengguna jalan raya agar mematuhi arahan penutupan dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan.
Kerja pembaikan dan pemantauan struktur jalan akan diteruskan sehingga keadaan disahkan selamat sepenuhnya.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang menyebabkan penutupan sementara sebahagian laluan di Jalan Masjid India? A: Kejadian mendapan permukaan jalan berhampiran premis Bombay Jewellery.
  • Q: Siapakah yang terlibat dalam tindakan pemantauan dan pemeriksaan di lokasi kejadian? A: Pasukan teknikal DBKL, wakil Air Selangor, Indah Water Konsortium (IWK), dan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
  • Q: Apakah nasihat yang diberikan oleh DBKL kepada pengguna jalan raya berkenaan penutupan laluan? A: Mematuhi arahan penutupan dan menggunakan laluan alternatif untuk mengelakkan kesesakan.

Topic Berkaitan
#DBKL
#Masjid India
#mendapan permukaan jalan
#Bombay Jewellery
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan