awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laluan menuju Padang Merdeka ditutup sempena Hari Malaysia

Bernama
Bernama
11/09/2024
06:15 MYT
Laluan menuju Padang Merdeka ditutup sempena Hari Malaysia
Laluan yang ditutup kekal termasuk Simpang Tiga Bukit Bendera, laluan masuk lampu isyarat Dewan Masyarakat Kota Kinabalu, dan Simpang Pintu Gerbang Istana menuju ke Padang Merdeka. - Gambar/ FB Merdeka360
KOTA KINABALU: Beberapa laluan akan ditutup secara kekal dan berkala sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept ini, yang akan diadakan di Padang Merdeka bermula pukul 7 malam.

Ringkasan AI
  • Beberapa laluan akan ditutup secara kekal dan berkala pada 16 September sempena sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka, bermula jam 7 malam.
  • Laluan yang ditutup kekal termasuk Simpang Tiga Bukit Bendera, laluan masuk lampu isyarat Dewan Masyarakat Kota Kinabalu, dan Simpang Pintu Gerbang Istana menuju ke Padang Merdeka.
  • Polis trafik akan mengawal persimpangan kritikal di jalan utama bagi mengelakkan kesesakan, dan pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi arahan untuk kelancaran perjalanan.

Menerusi laman sosial rasmi Facebook Merdeka360 memaklumkan laluan yang ditutup kekal ialah Simpang Tiga Bukit Bendera, laluan masuk lampu isyarat Dewan Masyarakat Kota Kinabalu dan Simpang Pintu Gerbang Istana menuju ke arah Padang Merdeka.
Sementara laluan yang ditutup secara berkala adalah laluan masuk ke jalan padang berhampiran KFC di kawasan Bandaran.
Polis trafik akan mengawal setiap lampu isyarat, persimpangan kritikal di jalan-jalan utama serta bulatan di pusat bandar raya bagi memastikan aliran trafik diatur dengan baik dan mengelakkan berlaku kesesakan jalan raya.
Pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan dinasihatkan agar berhati-hati dan mematuhi arahan polis trafik untuk perjalanan yang lancar dan selamat.
Untuk maklumat lanjut, boleh merujuk laman web www.merdeka360.my.
-- BERNAMA
Raikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan kempen Inilah KITA di sini
Topic Berkaitan
#Hari Malaysia
#Sambutan Hari Malaysia
#padang merdeka
#jalan tutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan