Skip to main content

Malaysia

Laluan pendakian, aktiviti rekreasi di HSK Perak ditutup mulai 2 November

Semua laluan pendakian dan aktiviti rekreasi seperti meredah hutan, pacuan empat roda, kenderaan bermotor dan berbasikal dalam HSK Perak adalah tidak dibenarkan dan ditutup. - Gambar hiasan
Semua laluan pendakian dan aktiviti rekreasi seperti meredah hutan, pacuan empat roda, kenderaan bermotor dan berbasikal dalam HSK Perak adalah tidak dibenarkan dan ditutup. - Gambar hiasan

Advertisement

IPOH: Semua laluan pendakian dan aktiviti rekreasi di Hutan Simpanan Kekal (HSK) di seluruh negeri Perak ditutup kepada orang awam bermula 2 November ini hingga 17 Januari tahun depan ekoran musim tengkujuh.

Pengarah Perhutanan Perak, Datuk Mohd Basri Abdul Manaf berkata, arahan itu turut mengambil kira penilaian risiko semasa dan Laporan Tinjauan Cuaca dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

“Semua laluan pendakian dan aktiviti rekreasi seperti meredah hutan, pacuan empat roda, kenderaan bermotor dan berbasikal dalam HSK Perak adalah tidak dibenarkan dan ditutup.

“Arahan penutupan ini turut diedarkan ke semua pejabat hutan daerah, pejabat renjer, balai polis, pejabat penghulu, serta agensi-agensi berkaitan untuk makluman dan rujukan orang ramai,” katanya dalam kenyataan melalui laman sesawang Jabatan Perhutanan Perak.

Beliau berkata, bagaimanapun, arahan itu dikecualikan bagi Program Konservasi Trek Pendakian di dalam HSK anjuran jabatan berkenaan melibatkan daerah Kuala Kangsar, Larut, Matang, Kinta, Manjung dan Perak Selatan bermula 21 Nov hingga 26 Dis ini.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement