MALAYSIA
Laluan pendakian di Hutan Simpan Raub ditutup serta-merta
Laluan pendakian ke puncak Pine Tree, Twin Peak dan Gunung Semangkok di Hutan Simpanan Kekal (HSK) Daerah Raub ditutup serta-merta. - Foto Sinar Harian
KUANTAN: Laluan pendakian ke puncak Pine Tree, Twin Peak dan Gunung Semangkok di Hutan Simpanan Kekal (HSK) Daerah Raub ditutup serta-merta.
Pejabat Hutan Daerah Raub dalam satu notis memaklumkan penutupan laluan itu kepada orang awam berkuat kuasa sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
"Orang ramai dinasihatkan mematuhi arahan berkenaan kerana kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan tindakan dikenakan mengikut Seksyen 47 Akta Perhutanan Negara 1984," menurut kenyataan itu yang dimuat naik di laman Facebook Pejabat Hutan Daerah Raub hari ini.
Pejabat Hutan Daerah Raub memaklumkan berdasarkan peruntukan itu, denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya boleh dikenakan sekiranya disabitkan kesalahan.
-- BERNAMA