awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laluan pendakian Gunung Kinabalu dibuka semula Sabtu ini

Bernama
Bernama
12/05/2020
10:48 MYT
Laluan pendakian Gunung Kinabalu dibuka semula Sabtu ini
Hanya 100 pendaki dibenarkan mendaki Gunung Kinabalu pada satu-satu masa dan perlu mengikut SOP yang ditetapkan. - Gambar hiasan
Laluan pendakian Gunung Kinabalu akan dibuka semula pada Sabtu ini selepas ditutup sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lepas.
Pengarah Taman-Taman Sabah (TTS), Dr Maklarin Lakim bagaimanapun berkata, hanya 100 pendaki dibenarkan mendaki pada satu-satu masa dan perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
"Aktiviti pendakian akan dibuka Sabtu ini (16 Mei) termasuk malim gunung juga akan mula bekerja," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata, bayaran permit pendakian tetap sama iaitu warganegara Malaysia dikenakan RM50 untuk dewasa dan RM30 bagi yang berumur 18 tahun ke bawah, manakala pelancong asing perlu membayar RM200 untuk dewasa dan RM80 bagi kanak-kanak.
Maklarin berkata, bayaran tambahan sebanyak RM400 akan dikenakan untuk kemudahan penginapan dan makan, bayaran malim gunung RM230 dan insurans RM7.
Bagi menggalakkan lebih ramai pelancong khususnya pelancong tempatan, beliau berkata yuran masuk ke TTS diberikan diskaun 50 peratus selama enam bulan bermula Sabtu ini hingga 16 November depan.
"Mereka yang berminat untuk mendaki boleh membuat tempahan melalui TTS dan menerusi dalam talian apabila sistem itu akan dilancarkan tidak lama lagi," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#100 pendaki dibenarkan
#dibuka semula
#Gunung Kinabalu
#laluan pendakian
#malim gunung
#prosedur operasi standard
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan