IPOH: Laluan penerbangan Ipoh-Langkawi tidak ditamatkan, tetapi hanya digantung untuk sementara waktu, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak Loh Sze Yee.
Katanya beliau telah merujuk isu berhubung perkara itu kepada syarikat penerbangan AirAsia dan pihak Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) bagi mendapatkan penjelasan tepat.
Bagaimanapun katanya tarikh pengoperasian semula laluan penerbangan itu masih belum dikenal pasti dan memerlukan kajian daripada pihak berkaitan.
"Sebarang laluan adalah di bawah bidang kuasa syarikat penerbangan dalam menentukan potensi laluan baharu di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah ke lain-lain destinasi atau sebaliknya dan juga dengan kerjasama serta kelulusan Kerajaan Persekutuan," katanya pada sesi soal jawab di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Tiw Tiee Siang (PH-Tronoh) berkenaan alasan laluan penerbangan Ipoh-Langkawi ditamatkan, selain laluan penerbangan yang bakal diadakan bagi lapangan terbang di Ipoh.
Sementara itu menjawab soalan mengenai pengumpulan warisan Perak yang belum diterokai, Loh berkata promosi tarian tradisional Perak, Dabus perlu diperluaskan lagi ke persada antarabangsa dan domestik kerana kurang diketahui orang ramai termasuk masyarakat tempatan.
"Salah satu warisan di negeri Perak yang amat membanggakan bagi saya dan perlu kita perluaskan ialah tarian Dabus. Tarian Dabus hanya ada di negeri Perak sahaja, tiada di tempat lain.
"Cuma kalau nak kata promosi wayang kulit, ia mungkin ada di Kelantan, Selatan Thailand dan sebagainya, tetapi tarian Dabus cuma di negeri Perak, sedikit sedih kerana (ada antara) kita tak tahu tentang tarian dabus ini," katanya.
Justeru, beliau memberi jaminan kerajaan negari akan ambil usaha yang perlu untuk melibatkan dan melindungi warisan Perak terutama dari segi budaya supaya ia dapat diwarisi generasi akan datang, selain memajukan sektor pelancongan.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Berhanudin Ahmad (PN-Manong) sama ada terdapat peruntukan khusus kepada universiti atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu membuat kajian berkenaan pengumpulan data warisan Perak yang belum diteroka.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 25 2023

Tarikh pengoperasian semula laluan penerbangan itu masih belum dikenal pasti dan memerlukan kajian daripada pihak berkaitan. - Gambar hiasan/ Reuters

Remaja hampir lemas dihanyut kepala air ketika mandi sungai
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun berdepan detik cemas selepas dihanyutkan arus deras kira-kira 100 meter ketika mandi di sungai Bukit Kledang Kota pada Jumaat.
Isu di Kg Sungai Baru berpunca daripada janji palsu kerajaan terdahulu
Pengerusi Pertubuhan Pergerakan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur, Hussen Zulkarai mendakwa isu yang berlaku di Kg Sungai Baru disebabkan oleh janji palsu yang dibuat oleh kerajaan terdahulu. #AWANInews

11 maut, 9 cedera dalam serangan bersenjata di Ecuador
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh manakala sembilan lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah arena sabung ayam.
Isu Kg Sungai Baru: Ahli Parlimen terdahulu perlu beri penjelasan
Pengerusi Pertubuhan Pergerakan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur, Hussen Zulkarai berkata Ahli Parlimen terdahulu perlu tampil untuk memberi penjelasan kenapa isu di kawasan Kg Sungai Baru masih berlanjutan sehingga kini.
#AWANInews
#AWANInews
Malaysia Airlines, Manchester United Cipta Motif Baharu
Malaysia Airlines Memperkenalkan Beberapa Ciri Menarik Bagi Meningkatkan Lagi Kehadiran Jenama Itu Di Peringkat Global.
Pemandu rentung, kereta langgar pembahagi jalan
Pemandu ditemui rentung dalam sebuah kereta yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 65.3 Lebuhraya Utara Selatan, menghala ke utara, di Pendang, Kedah, pada Jumaat.
Hospital Miri laksana pembedahan derma organ pertama tahun ini
Hospital Miri berjaya melaksanakan pembedahan pendermaan organ atau transplantasi organ pertama tahun ini.
Terus lantang perjuangkan nasib rakyat Palestin - Johari Abdul
Parlimen Malaysia akan terus jadi suara lantang perjuangkan nasib rakyat Palestin.
Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat negeri Sarawak, hari ini

Ejen dedah niat sebenar Jurgen Klopp di tengah spekulasi Real Madrid, Brazil
Spekulasi terkini menunjukkan bahawa Klopp sedang mempertimbangkan untuk kembali ke dunia kejurulatihan.

AirAsia diharap mempertimbangkan semula keputusan gantung penerbangan Ipoh-Singapura - Exco
Katanya kerajaan negeri tidak dimaklumkan mengenai keputusan itu dan ia diharap hanya pendekatan sementara bagi penyusunan semula strategi.

Premis pelancongan berhampiran zon batu kapur perlu tingkat keselamatan
Syor itu perlu diikuti oleh operator pusat pelancongan bagi memastikan perniagaan mendapat kelulusan untuk kembali beroperasi.

Kerajaan negeri teliti tangguh naik taraf menara condong tahun depan - Exco
Kerajaan negeri berkemungkinan menangguhkan kerja-kerja menaik taraf dan baik pulih ikon pelancongan Menara Condong Teluk Intan yang sepatutnya bermula tahun ini ke awal tahun depan.

COVID-19 tidak jejaskan Tahun Melawat Perak 2024
Loh yang melahirkan keyakinan itu berkata KKM telah melakukan pelbagai usaha bagi membendung wabak berkenaan daripada terus menular.

Perak sambut baik cadangan wujud galeri kenangan M. Daud Kilau di Bagan Datuk
Perak menyambut baik cadangan untuk membina galeri kenangan, khusus buat penyanyi legenda Allahyarham Datuk M. Daud Kilau di daerah Bagan Datuk.

Laluan penerbangan Ipoh-Langkawi digantung sementara
Laluan penerbangan Ipoh-Langkawi tidak ditamatkan, tetapi hanya digantung untuk sementara waktu, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak Loh Sze Yee.

Lebih 3,000 pengunjung meriahkan Pesta Budaya Nusantara@Ipoh
Ia juga merupakan platform terbaik bagi para penggiat seni kebudayaan mempromosi seni kebudayaan masing-masing.

Perak lihat potensi wujudkan laluan penerbangan Ipoh-Vietnam
Perbincangan ke arah itu perlu mengambil sedikit masa terutama bagi mendapat lampu hijau daripada pemain industri pelancongan di Vietnam.

Perak rekod 294 projek diluluskan pada 2022 dengan jumlah pelaburan RM6.6 bilion
Loh berkata projek-projek tersebut dijangka dapat mewujudkan 7,682 peluang pekerjaan baharu.

Gubal enakmen jamin keselamatan kawasan penginapan pelancongan
Enakmen itu bagaimanapun masih di peringkat perbincangan melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negeri.