KUALA SELANGOR: Laluan di persimpangan bertingkat Bandar Bukit Raja Utara ke persimpangan bertingkat Assam Jawa, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) akan dibuka kepada pengguna bermula pada 12.01 tengah malam ini.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pengecualian tol juga diberikan bermula waktu sama tengah malam ini hingga 11.59 malam 2 Jan 2024, kepada pengguna lebuh raya yang memasuki laluan Seksyen 6 sepanjang 21.8 kilometer (km) dari Plaza Tol Bandar Bukit Raja Utara ke Plaza Tol Assam Jawa atau arah sebaliknya.
"Bagi pengguna yang memasuki Lebuhraya WCE dari Seksyen 5 iaitu dari Plaza Tol Bandar Bukit Raja Selatan ke Plaza Tol Assam Jawa atau arah sebaliknya, akan dikenakan nilai kadar tol sedia ada mengikut jenis kelas kenderaan masing-masing," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan laluan Seksyen 6 WCE, di persimpangan bertingkat Bandar Bukit Raja Utara ke persimpangan bertingkat Assam Jawa di sini hari ini.
Nanta berkata pembukaan laluan lebuh raya Seksyen 6 itu dijangka dapat menjimatkan masa perjalanan dari Kapar, Klang ke Assam Jawa, Ijok yang dijangka mengambil masa hanya 15 minit berbanding 45 minit sebelum ini melalui laluan sedia ada.
"Pengurangan masa perjalanan selama 30 minit ini menjanjikan kemudahan dan keselesaan yang lebih baik kepada pengguna lebuh raya.
"Selain itu, pembukaan laluan lebuh raya Seksyen 6 ini akan memberi impak positif dalam merancakkan industri pelancongan tempatan, dengan destinasi pelancongan menarik seperti Bandar Warisan Batu Arang, Bukit Malawati, Sky Mirror, dan Taman Kelip-Kelip Kampung Kuantan boleh diakses lebih mudah oleh pengunjung," katanya.
Jelas Nanta lagi, pembukaan laluan itu secara tidak langsung dapat meningkatkan aktiviti pelancongan di kawasan itu serta mewujudkan peluang baharu untuk perniaga tempatan sekali gus merancakkan pertumbuhan sosioekonomi komuniti.
Empat seksyen pertama Lebuhraya WCE telah dibuka pada 2019, melibatkan tiga seksyen di negeri Perak iaitu Seksyen 8 (Hutan Melintang-Teluk Intan), Seksyen 9 (Lekir-Changkat Chermin) dan Seksyen 10 (Changkat Chermin-Beruas), manakala satu seksyen di Selangor iaitu Seksyen 5 (Bandar Bukit Raja Selatan-Bandar Bukit Raja Utara).
Sementara itu, mengulas kenyataan keluarga Syed Asnan Sayed Mokhtar, 37, yang ingin menyaman kerajaan selepas lelaki tersebut maut dalam kemalangan jalan raya, Nanta berkata ia adalah hak rakyat dan pihaknya sedang melaksanakan siasatan serta meneliti laporan berhubung kejadian berkenaan.
Sabtu lepas, seorang kerani maut selepas motosikal ditunggangnya terlanggar lubang sebelum terjatuh lalu digilis lori treler di lampu isyarat Batu 5, Jalan Meru, Klang dekat sini.
Dalam perkembangan lain, Nanta berkata kementeriannya menerima lebih 4,000 aduan menerusi aplikasi MYJalan setakat minggu lepas, dan orang ramai digalakkan terus menyalurkan maklumat supaya kerosakkan jalan raya dapat dibaik pulih.
Aplikasi MYJalan merupakan platform bagi memudahkan pengguna membuat aduan dan semua jenis aduan jalan akan diterima walaupun yang bukan diselenggara Kementerian Kerja Raya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 20 2023
Nanta (dua, kiri) hadir pada Majlis Pembukaan Seksyen 6 Dari Persimpangan Bertingkat Bandar Bukit Raja Utara Ke Persimpangan Bertingkat Assam Jawa Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) di Plaza Tol WCE Assam Jawa hari ini. - Foto Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Seksyen 11 WCE mula laksana kutipan tol pada 24 Julai
Jajaran Seksyen 11 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) yang menghubungkan Taiping Selatan-Trong-Beruas akan melaksanakan kutipan tol bermula 12.01 tengah malam pada 24 Julai ini.
Lelaki maut tersepit, kereta terbabas di lebuh raya WCE
Seorang lelaki maut setelah kereta yang dipandunya terbabas di bahu jalan dekat KM 254 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).
Laluan Seksyen 6 WCE dibuka tengah malam ini, pengecualian tol hingga 2 Jan
Laluan di persimpangan bertingkat Bandar Bukit Raja Utara ke persimpangan bertingkat Assam Jawa, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) akan dibuka kepada pengguna bermula pada 12.01 tengah malam ini.
Kereta hilang kawalan punca pemandu rentung dalam nahas di WCE - Polis
Kemalangan yang mengorbankan pemandu kereta di Plaza Tol Lekir arah selatan dekat Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat dipercayai akibat hilang kawalan.
Pemandu rentung, kereta terbakar rempuh pembahagi tol di WCE
Identiti mangsa yang terperangkap dan maut dalam kenderaan berkenaan masih belum dikenal pasti.
Laluan pintas Terowong Menora lebih mahal berbanding WCE? - Aziz Bari
Projek pembinaan jalan baharu itu dianggarkan bernilai lebih RM5.7 bilion manakala WCE pula melibatkan sebanyak RM5 bilion.
Projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat siap 76 peratus
Pembinaan projek berkenaan melibatkan jajaran di negeri Perak setakat ini mencapai kemajuan sebanyak 73 peratus manakala di Selangor 75.4 peratus.
Baru dibuka sehari, WCE catat kemalangan pertama
Lebuh raya WCE dari Hutan Melintang-Teluk Intan yang dibuka Jumaat lalu telah mencatatkan kemalangan pertama pada Sabtu.
Jajaran Seksyen 8 WCE boleh dibuka kepada pengguna
Pengarah Urusan WCE Sdn Bhd, Datuk Neoh Soon Hiong bagaimanapun berkata, ia tertakluk kepada proses pewartaan.
Gangguan bekalan air di Klang pulih mulai esok - Dr Xavier
Masalah gangguan bekalan air tidak berjadual di daerah Klang susulan tiga paip utama yang pecah dijangka pulih secara berperingkat mulai esok.