Laman Serene Johor Darul Takzim yang dilancarkan malam tadi, bakal menjadi satu lagi ikon tarikan pelancongan di negeri ini.
Laman Serene yang terletak bersebelahan Jalan Skudai itu dilihat sebagai satu bentuk transformasi terhadap pembangunan landskap bandar dan kawasan hijau selain dapat memberi nilai tambah kepada ekonomi negeri.
Dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Azmi Rohani yang mewakili Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, laman itu juga dibangunkan dengan tujuan menambah destinasi pelancongan negeri selain memberi ruang beriadah serta aktiviti kekeluargaan khususnya kepada masyarakat seluruh negeri Johor.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Amran A. Rahman berkata pembangunan Laman Serene adalah kesinambungan daripada pembangunan Laman Mahkota dan Laser Fountain yang diilhamkan oleh baginda Sultan Johor sendiri.
"Nama laman ini juga telah diperkenankan oleh Tuanku kerana ia terletak berhadapan dengan Istana Bukit Serene.
"Ikon baharu negeri Johor ini juga diharap dapat meningkatkan nilai sosio budaya di kalangan masyarakat dan menjadi satu daripada Ikon yang menjadi kebanggaan di negeri Johor," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian laman berkenaan.
Pembinaan yang bermula April tahun lepas itu mengambil masa selama lapan bulan dengan kos pembinaan sebanyak RM6.8 juta.
Tambahnya, laman yang dibina di atas tanah berkeluasan 2.8 ekar atau 433 meter persegi itu dibina dengan tiga buah konsep pembikinan iaitu arca Bulan dan Bintang, Menara dan Dataran.
Arca Bulan dan Bintang merupakan sebuah arca dengan ketinggian 12 meter serta diinspirasikan daripada bulan bintang yang terdapat pada bendera negeri Johor.
Menara Laman Serene ini pula merupakan hasil adaptasi daripada Menara Istana Bukit Serene dengan suntikan gaya moden kontemporari ditambah dengan kombinasi elemen-elemen moden dan tradisional seperti kerawang bagi memperlihatkan kesan pencahayaan yang lebih menarik.
Datarannya pula dibina dengan konsep reka bentuk dataran yang merupakan bintang lima sebagaimana terdapat pada bendera negeri Johor. Melalui kombinasi bintang lima yang berlapis dan menjadikan 10 bucu bintang yang mana ia mewakili 10 daerah di dalam negeri Johor.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 28 2018

Datuk Azmi Rohani (tengah) dan Amran A Rahman (empat, kiri) bergambar berlatarkan arca bulan bintang selepas merasmikan Laman Serene di hadapan Istana Bukit Serene Johor Bahru. - fotoBERNAMA

Pendekatan 'whole-of-government' tangani isu literasi seksual - Dzulkefly
Isu berkaitan pendidikan kesihatan reproduktif dan literasi seksual dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan muda memerlukan pendekatan menyeluruh.

Kerajaan salur RM30 juta modenkan sektor pertanian negara
Peruntukan yang diterima dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) itu adalah usaha berterusan kerajaan untuk memodenkan sektor pertanian negara.

Pembinaan skala besar LRT Laluan Mutiara bermula suku keempat 2026 - MRT Corp
Kerja-kerja pembinaan berskala besar untuk projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara dijangka bermula pada suku keempat 2026.

SPRM sita aset bernilai RM285 juta tahun lepas
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berjaya merampas, membeku dan melucut hak aset serta mengenakan kompaun yang kesemuanya bernilai lebih RM285 juta pada 2024 dalam usaha membanteras jenayah rasuah.
Tarif Trump: Analisis pasca rundingan delegasi Malaysia dengan Amerika Syarikat
Ikuti langsung Buletin AWANI Khas membawakan analisis komprehensif rundingan Malaysia-Amerika Syarikat berkenaan tarif AS.
Mexico kekurangan bekalan air, tersepit penuhi janji dengan AS
Komuniti petani kini sedang mencari sumber air baharu untuk memenuhi keperluan asas hidupan.
Houthi tembak tujuh reaper milik AS, rugi lebih AS$200 juta
Dron-dron canggih bernilai sekitar 30 juta dolar setiap satu itu ditembak jatuh semasa misi pengawasan dan serangan antara 31 Mac hingga 22 April.
Pakistan kutuk tindakan India gantung Perjanjian Air Indus
Jurucakap Kementerian Luar Pakistan, Shafqat Ali Khan menekankan bahawa air adalah "kepentingan nasional yang penting" bagi 240 juta rakyat Pakistan.
Pihak berkuasa India roboh rumah disyaki milik militan
Memetik Reuters, rakaman video menunjukkan rumah-rumah tersebut musnah sepenuhnya, dengan penduduk sekitar berkumpul untuk menyaksikan kejadian itu.
AS mungkin turunkan tarif China
The Wall Street Journal pada Rabu melaporkan bahawa Rumah Putih sedang mempertimbangkan untuk mengurangkan lebih separuh daripada 145 peratus tarif yang dikenakan ke atas import China.

Laman Serene ikon baharu Johor Bahru
Laman Serene dilihat sebagai satu bentuk transformasi terhadap pembangunan landskap bandar dan kawasan hijau selain dapat memberi nilai tambah kepada ekonomi negeri.