PETALING JAYA: Kerajaan sedang membangunkan sebuah laman sesawang untuk menyenaraikan semua inisiatif dan bantuan yang tersedia bagi manfaat masyarakat India di negara ini, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi K. Saraswathy.
Beliau berkata langkah itu diambil kerana masih ramai masyarakat India tidak mendapat maklumat mengenai pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan Kerajaan Perpaduan bagi membantu masyarakat itu.
"Kemungkinan mereka tidak mempunyai akses kepada saluran untuk mendapatkan maklumat tersebut," katanya pada sidang media mengenai inisiatif Kerajaan Perpaduan untuk membantu kaum India, di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), di sini semalam.
Selain itu, Saraswathy berkata kerajaan khususnya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) akan turut bekerjasama dengan beberapa dewan perniagaan bagi memudahkan masyarakat mendapat maklumat mengenai inisiatif yang dilaksanakan.
"Mereka akan menjadi ejen pemberi maklumat dan membantu usahawan yang ingin memohon bantuan dan geran untuk mengisi borang serta menyiapkan dokumentasi yang berkaitan apabila ada (bantuan) yang dibuka," katanya.
Saraswathy yang juga Naib Presiden PKR itu berkata, kerajaan memberi keutamaan untuk meningkatkan pembabitan masyarakat India dalam aktiviti keusahawanan, selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menoktahkan kemiskinan tegar pada tahun ini.
"Perdana Menteri percaya salah satu cara untuk mengeluarkan masyarakat India daripada belenggu kemiskinan tegar adalah dengan melibatkan mereka dalam sektor ekonomi iaitu keusahawanan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Saraswathy berkata Kuskop mendapati sekitar 30 peratus koperasi berdaftar kini tidak aktif atau tidak beroperasi kerana masalah tatakelola dan tataurus.
"Kami sedang mengambil langkah untuk memperbetulkan koperasi yang mempunyai masalah sedemikian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 08 2023
Saraswathy bercakap pada sidang media di Petaling Jaya semalam mengenai inisiatif Kerajaan Perpaduan membantu memperkasakan kaum India di negara ini. --fotoBERNAMA
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bekas pemilik syarikat dipenjara enam bulan sembunyi lebih RM1.3 juta wang milik wanita
Dia didakwa melakukan perbuatan itu sebuah premis di Sentul pada 19 April lepas mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Skuasy: Malaysia sapu bersih gelaran juara berpasukan Asia
Malaysia mendominasi perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia 2024 dengan menyapu bersih kedua-dua gelaran berpasukan lelaki dan wanita di Dalian, wilayah Liaoning, China, hari ini.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
Jerebu akibat pembakaran terbuka di Sabah semakin membimbangkan - Bomba
Keadaan jerebu akibat pembakaran terbuka di negeri ini semakin membimbangkan walaupun bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negeri ini kebanyakannya pada tahap sihat.
Perjanjian bersama JS-SEZ akan dimeterai pada akhir tahun ini
Perjanjian Bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) antara Malaysia dan Singapura dijangka ditandatangani pada akhir tahun ini, menurut Kementerian Ekonomi.
3.6 juta penduduk telah mendaftar PADU
Seramai 3,683,944 warganegara dan penduduk tetap di Malaysia telah mendaftar dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat 21 Feb lepas.
Shah Firdaus, Izzah Izzati rangkul gangsa acara pecut ACC di India
Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mempamer aksi memberangsangkan selepas masing-msing meraih pingat gangsa dalam acara pecut pada ACC 2024 di New Delhi, India hari ini.
Teknologi terkini, media sosial lancarkan Pemilu 2024 di Sabah
Penggunaan teknologi terutama melibatkan teknologi maklumat dan media sosial memainkan penting dalam melancarkan proses Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 untuk warga Indonesia di Sabah.
KLIFAA 2024 jangka tarik hingga 4,000 penyertaan penggiat industri perfileman
Anugerah Akademi Filem Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFAA) 2024 dijangka menarik hingga 4,000 penyertaan dalam kalangan penggiat industri perfileman di seluruh dunia.
Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Seorang penghantar makanan terpaksa berputih mata apabila kerugian RM82,000 selepas ditipu skim pelaburan tidak wujud.