[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Laman web Google, Dell, Microsoft digodam

Syafique Shuib 01/07/2013 | 11:06 MYT
Beberapa laman web dengan alamat domain ‘.com.my’ dan ‘.MY’ digodam sejak pagi tadi oleh kumpulan penggodam yang dikenali sebagai TiGER-M@TE.
Antara laman web utama yang terjejas adalah Google, Dell, Microsoft, MSN Malaysia, Bing, and Kaspersky.
Laman utama laman web berkenaan ditukar dengan teks ‘Helo Malaysia, anda rasa anda lebih maju dari kami? Hormati pekerja kami, kami akan hormati anda. Berurusan sejak 2007”.
Insiden berkenaan juga mendapat pelbagai reaksi di Twitter:
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada bulan lepas, sekurang-kurangnya 41 laman web agensi kerajaan mengalami gangguan selepas digodam oleh kumpulan penggodam antarabangsa yang dikenali sebagai ‘Anonymous’.
Pada Mei, blog PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail didakwa digodam untuk memberi gambaran bahawa 'video seks' yang kononnya melibatkan anak perempuannya, Nurul Izzah Anwar, adalah tulen.
Pada bulan Mac, laman web Google mengalami masalah dengan hasil pencariannya apalah pencarian “Sabah” menunjukkan negeri itu sebagai “tidak sah”. Ia terjadi ketika pencerobohan pengganas di Sabah.
Namun Google menafikan bahawa laman web mereka digodam.
#dell #laman web digodam #Microsoft #MSN