NATIONAL

Laman web SPR tidak dapat diakses

Astro Awani 12/08/2023 | 13:01 MYT
Kesulitan itu dipercayai terjadi berikutan orang ramai di seluruh negara membuat semakan di laman berkenaan secara serentak. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Laman web dan aplikasi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) pada Sabtu dipercayai mengalami gangguan atau tergendala apabila pengguna tidak dapat mengaksesnya.

Kesulitan itu dipercayai terjadi berikutan orang ramai di seluruh negara membuat semakan di laman berkenaan secara serentak untuk mengetahui maklumat pengundian dan daftar pemilih.

Ketika ramai yang teruja untuk mendapatkan maklumat keputusan yang sah, beberapa pengguna aplikasi X membuat hantaran yang menyatakan bahawa mereka menghadapi kesukaran untuk mengakses laman web serta aplikasi SPR.

Kredit: SPR


An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pada masa sama, pengguna boleh juga mengikuti maklumat terkini mengenai keputusan tidak rasmi dan rasmi di laman web pru.astroawani.com, selain di aplikasi, media sosial, mahupun mengikuti siaran langsung di Astro AWANI.



#Suruhanjaya Pilihan Raya #pilihan raya #SPR #gangguan teknikal