awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lambakan babi hutan di Melaka membimbangkan - Perhilitan

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
08/11/2019
04:27 MYT
Lambakan babi hutan di Melaka membimbangkan - Perhilitan
Dua pegawai veterinar Jabatan Perhilitan mengambil sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti jenis spesis dan kajian penyakit daripada bangkai babi hutan yang ditembak. - Gambar Astro AWANI/ SHUHADA ABDUL KADIR
Sejak kebelakangan ini, populasi haiwan liar terutamanya babi hutan atau spesies sus scrofa di Melaka semakin membimbangkan.
Ini dibuktikan dengan peningkatan sekali ganda jumlah babi hutan yang berjaya dihapuskan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri iaitu sebanyak 437 ekor sejak awal Januari lalu.
Perkembangan itu sekali gus mendatangkan ancaman sehingga menimbulkan keresahan penduduk.
Pengarah Jabatan Perhilitan Melaka, Mohd Hasdi Husin berkata, pihaknya merekodkan peningkatan sekali ganda kawasan panas (hot spot) yang dikenal pasti iaitu masing-masing melibatkan 10 kawasan di daerah Melaka Tengah, 12 kawasan (daerah Jasin) dan 8 kawasan (daerah Alor Gajah).
Kesemua kawasan berkenaan, jelas beliau, membabitkan taman-taman perumahan.
Berikutan kejadian yang semakin menjadi-jadi itu, operasi memburu haiwan liar berkenaan giat dilakukan sepasukan kakitangan Jabatan Perhilitan negeri dalam usaha mengurangkan populasi haiwan itu.
"Dari pemerhatian kita, ada peningkatan sebab daripada yang kita tembak itu, satu kumpulan ada 20 ke 30 ekor. Kita tak dapat tembak kesemuanya. Mungkin kita dapat tembak dua ke tiga ekor sahaja.
"Babi spesies ini cepat membiak, jadi makin lama makin banyak dan ada peningkatan sekali ganda daripada sebelumnya," kata Mohd Hasdi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas operasi kawalan basmi babi hutan konflik di Pulau Besar Melaka bermula semalam yang turut disertai kumpulan media.
Hadir sama, Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani Melaka, Datuk Norhizam Hassan Baktee.
Mengulas lanjut, Mohd Hasdi berkata, Pulau Besar merupakan salah satu hot spot pembiakan haiwan liar berkenaan yang membimbangkan.
Dianggarkan di antara 80 dan 100 ekor yang melibatkan lima hingga enam kumpulan babi mendiami pulau berkenaan sekali gus memberi ancaman kepada pelancong.
Dalam pada itu, Mohd Hasdi berkata, menerusi pemerhatian dan operasi yang diadakan, terdapat sekumpulan 20 hingga 30 babi, namun hanya dua atau tiga ekor dapat dihapuskan.
Katanya, haiwan liar berkenaan mudah membiak dan di kawasan Pulau Besar sahaja sebanyak 26 ekor hidupan liar berkenaan telah dihapuskan.
Ujar Hasdi di kawasan Semenanjung, hanya terdapat dua spesis babi iaitu babi hutan dan babi bodoh iaitu sus barbatus yang boleh ditemui di Sumatera dan Kalimantan selain di Johor, Pahang, Kelantan dan Negeri Sembilan.
Antara bangkai babi hutan yang ditembak oleh pasukan penguatkuasa Jabatan Perhilitan Melaka. - Gambar Astro AWANI/ SHUHADA ABDUL KADIR
Antara bangkai babi hutan yang ditembak oleh pasukan penguatkuasa Jabatan Perhilitan Melaka. - Gambar Astro AWANI/ SHUHADA ABDUL KADIR
Pada operasi yang dijalankan oleh tujuh anggota Perhilitan itu, turut diambil beberapa bahagian organ dan sampel darah haiwan liar berkenaan untuk mendapatkan sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti jenis spesis dan kajian penyakit.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri, Dr Aidi Mohamad berkata, selain sampel diambil oleh pihak Perhilitan bagi mengenal pasti spesies, pasukannya turut mengambil beberapa sampel bagi menjalankan kajian berhubung penyakit.
"Tadi kita sudah ambil sampel darah dan juga sampel organ untuk kajian penyakit. Setakat ini, kita sudah buat beberapa tempat di Melaka untuk persampelan babi hutan, tidak dikesan sebarang penyakit berbahaya.
"Antara penyakit kita uji adalah brucellosis, penyakit virus nipah yang pernah menyerang Negeri Sembilan dulu dan kuku dan mulutlah DNA juga penyakit berkepentingan dengan babi," jelas Dr Aidi lagi.
Topic Berkaitan
#Alor Gajah
#babi hutan
#Jabatan Perhilitan Melaka
#Jabatan Perlindungan Hidupan Liar
#Mohd Hasdi Husin
#Perhilitan
#Populasi haiwan liar
#Taman Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan