Jabatan Perikanan Malaysia telah meningkatkan analisis antibiotik dan memperketatkan langkah sanitasi dan fitosanitasi (SPS) di pintu masuk serta meningkatkan pemeriksaan penyakit udang susulan tular di media sosial mengenai lambakan udang galah yang dijual di negara ini.
Jabatan itu berkata satu Jawatankuasa Kawalan Import dan Eksport di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Kesihatan yang terdiri dari pihak berkuasa kompeten telah ditubuhkan bagi membincang isu berkenaan dari semasa ke semasa terutamanya jika berlakunya lambakan dari negara jiran.
"Setiap ahli jawatankuasa akan melihat peranan dan peraturan mereka yang boleh digunakan termasuk mengenakan langkah SPS untuk mengawal supaya kes sebegini terkawal," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
"Jabatan perikanan akan mengadakan program pemantauan dan taklimat melalui program pengembangan dari semasa ke semasa kepada pihak berkepentingan dan awam melalui Majlis Perundingan Industri (MPI) .
"Ini khususnya untuk bersama-sama membanteras isu ini selain bertindak sebagai pemudahcara kepada pengimport atau pengeksport berdaftar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 12 2018

Jabatan Perikanan Malaysia telah meningkatkan analisis antibiotik dan memperketatkan langkah sanitasi dan fitosanitasi (SPS) di pintu masuk serta meningkatkan pemeriksaan penyakit udang.

Perpindahan Ozil ke Turki 'belum ada yang pasti' - Arteta
Ozil, yang bakal tamat kontrak penghujung musim ini, telah dikaitkan dengan penghijrahan menyertai gergasi Turki.

Saringan COVID-19 yakinkan NGO bantu mangsa banjir - Ahli Parlimen Jerantut
Saringan COVID-19 yang perlu dijalankan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum memberi bantuan kepada mangsa banjir memberi lebih keyakinan kepada petugas berkenaan dalam isu keselamatan.

AWANI Ringkas: Banjir makin reda | PKP di Sibu bermula

COVID-19: Influencer antara golongan pertama terima vaksin di Indonesia
Sementara seluruh dunia bercadang mengutamakan petugas kesihatan dan golongan warga emas untuk mendapatkan suntikan vaksin menentang COVID-19, Indonesia mengambil pendekatan yang sedikit berbeza.

PKP: Penjaja minta kerajaan pertimbang kebenaran operasi pasar malam
GPPPKMM berkata pihaknya akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi membolehkan pendapatan terus dijana dalam tempoh sukar ini.

PKP 2.0: Pematuhan SOP tinggi dalam kalangan masyarakat di ibu negara - Polis
Hari ketiga Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyaksikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) semakin meningkat dalam kalangan masyarakat terutamanya di ibu negara.

Gudang terbakar, enam pekerja berjaya diselamatkan
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 12.46.

Tanah runtuh: Dua daerah di sempadan Sarawak bergelap
Dua daerah di bahagian selatan Sarawak berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia terpaksa bergelap selepas dua kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan bekalan elektrik terputus di kawasan berkenaan.

Enam pasukan peroleh lesen penuh kelab kebangsaan
Enam pasukan Liga Malaysia yang diberi lesen kelab kebangsaan secara bersyarat berjaya memenuhi syarat memperoleh lesen kelab kebangsaan.

Pelan bangunkan 1,236 menara telekomunikasi di Sarawak berjalan lancar
Pelan ini fokus kepada usaha untuk menangani masalah perhubungan sosial masyarakat luar bandar yang amat kritikal.

Lambakan udang galah: Jabatan Perikanan perketat pemeriksaan
Satu Jawatankuasa Kawalan Import dan Eksport di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Kesihatan yang terdiri dari pihak berkuasa kompeten telah ditubuhkan.