awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPJ Pulau Pinang sita 73 kereta mewah bernilai lebih RM10 juta dalam Op Luxury
[TERKINI] Bekas KP Perisikan Pertahanan didakwa terima suapan AS$20,000, tiket penerbangan
JIM tahan 19 wanita warga asing, bongkar pusat kecantikan tawar khidmat tidak bermoral
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lamborghini hilang kawalan rempuh lapan kenderaan

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
19/02/2018
06:40 MYT
Lamborghini hilang kawalan rempuh lapan kenderaan
Sebuah kereta Lamborghini yang hilang kawalan merempuh lapan kenderaan yang diletakkan di bahu jalan sepanjang Jalan Sultan Idris Shah berhampiran pusat beli belah Ipoh Parade awal pagi tadi. -Foto ihsan pembaca
Sebuah kereta Lamborghini yang hilang kawalan merempuh lapan kenderaan yang diletakkan di bahu jalan sepanjang Jalan Sultan Idris Shah berhampiran pusat beli belah Ipoh Parade awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 1.44 pagi itu, kereta tersebut yang datang dari arah pekan lama secara tiba-tiba menghentam deretan kereta di bahu jalan sebelum melanggar pokok.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby yang mengesahkan kejadian berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.
“Pihak polis menerima maklumat sekitar pukul 1.44 pagi mengenai kemalangan di Jalan Sultan Idris Shah menyebabkan kerosakan sembilan kenderaan termasuk kereta Lamborghini pemandu terbabit.
“Siasatan awal mendapati, kenderaan dipandu seorang lelaki berusia 35 tahun disebabkan hilang kawalan dan merempuh kesemua lapan kenderaan yang berada di tepi jalan.
“Selepas itu, pemandu telah merempuh sebatang pokok,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.
Jelasnya, siasatan awal mendapati pemandu berkenaan disahkan tidak berada di bawah pengaruh alkohol sebaliknya keletihan ketika kejadian.
“Buat masa ini, siasatan lanjut akan terus dijalankan dan tiada tangkapan dibuat,” katanya.
Topic Berkaitan
#Jalan Sultan Idris Shah
#kemalangan
#Lamborghini
#langgar kereta
#langgar pokok
#rempuh lapan kenderaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan