awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lampu hijau bagi Flotila Bantuan Kemanusiaan masuki kem pelarian di Teknaf, Bangladesh

Bernama
Bernama
19/01/2017
14:22 MYT
Lampu hijau bagi Flotila Bantuan Kemanusiaan masuki kem pelarian di Teknaf, Bangladesh
Bangladesh telah memberi lampu hijau untuk Flotila Bantuan Kemanusiaan ke Myanmar untuk memasuki kem pelarian masyarakat Islam Rohingya. - Gambar REUTERS/IORI SAGISAWA
Bangladesh telah memberi lampu hijau untuk "Flotila Bantuan Kemanusiaan ke Myanmar" untuk memasuki kem pelarian masyarakat Islam Rohingya di Teknaf.
Menteri Negara bagi Hal Ehwal Luar Bangladesh, Shahriar Alam berkata negara itu memberi akses yang sama kepada beberapa diplomat asing ke kem pelarian tersebut termasuk wakil Pertubuhan Bangsa Bersatu pada masa lalu.
"Ya, kami mengalu-alukan mana-mana negara untuk datang dan menyaksikan kesulitan, ia pengalaman yang sangat berguna untuk melihat sendiri keadaan," kata kepada pemberita ketika diminta menjelaskan mengenai kebenaran bagi misi kemanusiaan diterajui Malaysia, di sini, hari ini.
Beliau ditemui selepas Sesi Luar Biasa Majlis Menteri-menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengenai Situasi Minoriti Islam Rohingya di Myanmar, di sini, berakhir hari ini.
Misi melibatkan 200 aktivis dari lapan negara untuk penghantaran 1,000 tan bekalan makanan dan ubat-ubatan mendapat kebenaran, awal hari ini dari Myanmar untuk kapal yang membawa bantuan berlabuh di Yangon.
Misi itu dianjurkan oleh Kelab Putera 1Malaysia dan MAPIM dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan Turki, Turkiye Diyanet Vakfi dan pasukan itu juga merancang untuk menjalankan misi kemanusiaan di Teknaf, Bangladesh.
Shahriar bagaimanapun menjelaskan bahawa kebenaran untuk memasuki kem itu dikawal kerana beberapa pihak dikesan menyalahgunakan kelonggaran yang diberikan.
"Masyarakat Rohingya komuniti yang mudah terdedah, sangat mudah untuk mempengaruhi mereka.
"It akan menjadi fenomena berbahaya untuk Bangladesh dan dunia, jadi kita perlu memberi perhatian kepada perkara itu," kata beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Flotila Bantuan Kemanusiaan ke Myanmar
#oic
#Pertubuhan Bangsa Bersatu
#Shahriar Alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan