awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebenaran merancang perlu untuk bina rumah ibadat - Nga
Buang puntung rokok di tempat awam, warga Singapura didenda RM1,500
Mahkamah Persekutuan putuskan bebas atau penjara Isa Samad esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Landasan di Palu rosak, pesawat A400M bawa bantuan tidak dapat mendarat

Bernama
Bernama
04/10/2018
23:26 MYT
Landasan di Palu rosak, pesawat A400M bawa bantuan tidak dapat mendarat
Anggota TUDM melakukan persiapan sebelum berlepas ke Sulawesi bagi Misi Bantuan Kemanusiaan menggunakan pesawat A400M dari Pangkalan Udara Subang, Shah Alam, 3 Okt, 2018. --fotoBERNAMA
Pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menerbangkan bantuan kemanusiaan berupa makanan dan jentera berat untuk misi kemanusiaan bencana gempa dan tsunami di Sulawesi hanya dibenarkan membawa bantuan tersebut ke Balikpapan di Kalimantan.
Pegawai Memerintah 22 Skuadron Leftenan Kolonel Baharin Mohamad berkata keputusan supaya pesawat itu tidak mendarat di Palu, iaitu kawasan yang terlibat dengan bencana itu, dibuat atas faktor keselamatan.
"Kita difahamkan terdapat sedikit kerosakan pada landasan di Palu dan pihak berkuasa Indonesia tidak membenarkan pendaratan pesawat besar seperti A400M.
"Dari Balikpapan, barang bantuan kemanusiaan akan diterbangkan menggunakan pesawat C-130H milik TUDM dan pesawat Tentera Udara Indonesia, yang juga pesawat C-130H," katanya yang menyertai misi bantuan kemanusiaan TUDM ke Sulawesi di sini pada Khamis.
Menurutnya, pesawat A400M mampu mendarat pada jarak kurang daripada 6,000 kaki panjang landasan dan berlepas pada jarak 3,500 kaki.
Dalam pada itu, kira-kira 5,000 kilogram bekalan makanan diterbangkan dengan pesawat A400M milik TUDM ke Balikpapan pada Khamis dari Lapangan Terbang Halim Perdana Kusuma di Jakarta pada pukul 3 petang.
"Turut dibawa dalam penerbangan itu ialah dua buah lori tangki minyak seberat 7,200 kilogram," katanya.
Beliau berkata dua buah lagi pesawat TUDM C-130H akan berlepas dari Pangkalan Udara TUDM Kuching ke Balikpapan dan kemudian Palu untuk misi bantuan yang sama pada Jumaat.
Menurutnya, dua helikopter EC725 juga akan diterbangkan dari Labuan ke Balikpapan pada Jumaat sebelum ke Palu untuk misi yang sama.
Gempa bumi bermagnitud 7.4 skala Richter disusuli tsunami yang melanda Sulawesi terutama Palu dan Donggala Jumaat lalu, telah menyebabkan kemusnahan harta benda.
Menurut badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia, setakat tengah hari Rabu, bencana itu mengorbankan 1,407 orang sementara lebih 50,000 orang hilang tempat tinggal.
Laporan media menyebut lebih 200,000 mangsa gempa memerlukan bantuan kecemasan segera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#A400M
#Baharin Mohamad
#Balikpapan
#bantuan kemanusiaan
#gempa bumi
#Indonesia
#Palu
#pesawat
#Sulawesi
#tsunami
#TUDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan