awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Kedah dibuka semula

Bernama
Bernama
19/08/2025
10:00 MYT
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Kedah dibuka semula
MAHB menasihatkan penumpang supaya merujuk kepada syarikat penerbangan masing-masing untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai penerbangan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Landasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Kepala Batas, Kedah dibuka semula pada jam 3.00 petang hari ini selepas mendapat pelepasan keselamatan terakhir daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Ringkasan AI
  • Landasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kedah dibuka semula pada jam 3 petang selepas mendapat pelepasan keselamatan daripada CAAM, susulan insiden melibatkan pesawat TUDM pada jam 11.30 pagi.
  • Penutupan sementara dilakukan bagi kerja-kerja pengalihan pesawat dan pembersihan landasan, dengan notis rasmi dikeluarkan kepada juruterbang dan penumpang dinasihatkan merujuk syarikat penerbangan masing-masing.
  • Operasi penerbangan telah disambung semula seperti biasa, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam kenyataan di platform media sosial.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam satu hantaran di platform media sosial X berkata operasi penerbangan telah disambung semula seperti biasa.
Terdahulu, MAHB memaklumkan landasan itu ditutup sementara susulan insiden berkaitan pesawat pada jam 11.30 pagi hari ini.
Penutupan itu bagi memudahkan kerja-kerja mengalihkan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan pembersihan landasan, katanya.
Notis kepada juruterbang telah dikeluarkan oleh CAAM. Penutupan itu pada awalnya dijangka berkuat kuasa sehingga jam 4 petang hari ini.
Sehubungan itu, MAHB menasihatkan penumpang supaya merujuk kepada syarikat penerbangan masing-masing untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai penerbangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim
#dibuka semula
#pesawat TUDM
#MAHB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan