awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
Tengku Muhammad Fauzi terajui Markas Angkatan Bersama, Zahani dilantik CEO MiDAS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langgar kereta polis peronda, pelajar kolej didakwa

Bernama
Bernama
26/06/2015
08:38 MYT
Langgar kereta polis peronda, pelajar kolej didakwa
Lua Norman, 21, seorang pelajar kolej swasta di Kota Damansara bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu di hadapan Majistret Zura Syazween Hamizan.
Pemandu kereta jenis Volkwagen Polo yang didakwa melanggar belakang sebuah kereta peronda polis baru-baru ini, hari ini dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.
Lua Norman, 21, seorang pelajar kolej swasta di Kota Damansara bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu di hadapan Majistret Zura Syazween Hamizan.
Lua didakwa berada di bawah pengaruh alkohol sebanyak 111mg/100ml (nafas) iaitu melebihi 76mg/100 ml daripada had yang ditetapkan iaitu 35mg/100ml.
Berdasarkan pertuduhan, ekoran keadaan itu, dia gagal mengawal kenderaan yang dipandunya dan menyebabkan kecederaan terhadap anggota peronda polis Nor Alhayari Buyong, 58, dan Zainal Abu Bee Din, 50.
Lua didakwa melakukan kesalahan itu di di Jalan Pudu dari arah Jalan Pudu menghala ke Pusat Bandar pukul 8.55 pagi pada 22 Jun lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan 1987 yang membawa hukuman denda minimum RM8,000 dan maksimum RM20,000 dan penjara tidak kurang tiga tahun dan tidak lebih 10 tahun, jika sabit kesalahan.
Majistret Zura Syazween membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan lesen memandunya digantung sehingga kes selesai serta menetapkan 27 Julai depan untuk sebutan kes.
Kes yang membabitkan Lua adalah susulan daripada video durasi lima minit yang menjadi viral dalam media sosial sejak Isnin. Ia menunjukkan insiden perlanggaran antara sebuah kenderaan jenis Volkwagen Polo dengan sebuah kereta peronda polis yang keluar dari sebuah terowong.
Topic Berkaitan
#kereta
#langgar
#Lua Norman
#pengaruh alkohol
#polis
#Volkwagen Polo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan