awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langgar SOP: Kertas siasatan Neelofa dan PU Riz dirujuk ke Pejabat Peguam Negara minggu depan

Fareez Azman
Fareez Azman
17/04/2021
10:01 MYT
Langgar SOP: Kertas siasatan Neelofa dan PU Riz dirujuk ke Pejabat Peguam Negara minggu depan
MOHAMAD ZAINAL: Kita telah menghantar kertas siasatan ke pejabat Peguam Negara dan ada beberapa arahan perlu kita ambil, kita akan lengkapkannya dan hantar semula ke Pejabat Peguam Negara dalam minggu hadapan. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Polis akan melengkapkan kertas siasatan berkaitan kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di majlis perkahwinan selebriti terkenal Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Haris Ismail atau dikenali sebagai PU Riz, sebelum dihantar ke Pejabat Peguam Negara minggu depan.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, ia selepas pihaknya menerima arahan bagi melengkapkan beberapa perkara dalam kertas siasatan sebelum dihantar semula.
"Kita telah menghantar kertas siasatan ke pejabat Peguam Negara dan ada beberapa arahan perlu kita ambil, kita akan lengkapkannya dan hantar semula ke Pejabat Peguam Negara dalam minggu hadapan," katanya dalam sidang media di IPD Dang Wangi pada Sabtu.
Sebelum ini, pihaknya telah menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya.
Ia berkaitan dengan cadangan kompaun dikenakan terhadap kedua pasangan selebriti itu berhubung majlis perkahwinan pasangan berkenaan yang didakwa melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pada 5 April lalu, polis telah merekodkan keterangan dua individu itu berhubung majlis perkahwinan yang didakwa melanggar SOP PKP.
Topic Berkaitan
#Neelofa
#Haris Ismail
#PU Riz
#majlis perkahwinan
#langgar SOP
#penjarakan fizikal
#polis
#PDRM
#Pejabat Peguam Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan