awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langgar SOP: Khairy arah Hishammuddin, Vigneswaran dan Hasni dikompaun

Firdaus Azil
Firdaus Azil
13/02/2022
10:55 MYT
Langgar SOP: Khairy arah Hishammuddin, Vigneswaran dan Hasni dikompaun
Khairy mengarahkan kompaun dikenakan terhadap beberapa pemimpin kanan Barisan Nasional, kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) tentang penjarakan sosial. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Tiada sesiapa sepatutnya terlepas dari tindakan undang-undang, biarpun pihak itu datang dari kerajaan sendiri.
Terbaharu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah mengarahkan kompaun dikenakan terhadap beberapa pemimpin kanan Barisan Nasional, kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) tentang penjarakan sosial.
Mereka yang dikenakan kompaun ialah Menteri Kanan Pertahanan merangkap Pengerusi Menteri Kuartet COVID-19, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran, dan Pengerusi BN Johor, merangkap Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad.
Turut dikenakan kompaun ialah penganjur untuk Majlis Pelancaran Briged MIC Johor, yang diadakan di Kota Iskandar, awal hari ini.
Saya telah mengarahkan pegawai @KKMPutrajaya untuk keluarkan kompaun kepada DS Hishammuddin, DS Hasni, TS Vigneswaran, pemimpin utama yang hadir & penganjur di bawah Akta 342. @KKMPutrajaya akan terus pantau SOP sempena PRN Johor. https://t.co/ULngJMCZKS
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) February 13, 2022
“Saya telah mengarahkan pegawai KKM Putrajaya untuk keluarkan kompaun kepada Datuk Seri Hishammuddin, Datuk Seri Hasni, Tan Sri Vigneswaran, pemimpin utama yang hadir, penganjur di bawah Akta 342.
“KKM Putrajaya akan terus pantau SOP sempena Pilihan Raya Negeri Johor,” kata Ahli Parlimen Rembau itu lagi.
Khairy berkata demikian sebagai respons kepada satu video yang menunjukkan pelanggaran SOP yang jelas oleh mereka yang hadir, sewaktu pelancaran majlis tersebut.
Menerusi portal COVIDNOW yang dikemaskini setakat jam 8 pagi hari ini, Johor mencatatkan pertambahan 3,227 kes baharu COVID-19.
Topic Berkaitan
#langgar SOP
#Khairy Jamaluddin
#Hishammuddin Hussein
#Hasni Mohammad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan