MALAYSIA
Langkah kurangkan defisit dijangka jadi keutamaan dalam Belanjawan 2026 - Johari
Johari berkata, ini selaras dengan usaha kerajaan untuk memastikan kedudukan fiskal yang mampan, terutamanya ketika ekonomi global terjejas akibat dasar tarif AS dan ketidaktentuan pasaran dunia. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani memberi bayangan bahawa Belanjawan 2026 akan memberi keutamaan kepada langkah mengurangkan defisit negara.
Ringkasan AI
Beliau berkata ini selaras dengan usaha kerajaan untuk memastikan kedudukan fiskal yang mampan, terutamanya ketika ekonomi global terjejas akibat dasar tarif Amerika Syarikat (AS) dan ketidaktentuan pasaran dunia yang turut memberi kesan kepada Malaysia.
"Kerajaan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengurangkan defisit. Kita sebagai sebuah negara yang terlibat secara langsung dalam perdagangan terbuka, perkara ini juga akan menjejaskan kita.
"(Oleh itu) dalam proses kerajaan menyediakan belanjawan ini, saya percaya ia akan merangkumi perkara yang sama, iaitu bagaimana untuk kita mengimbangi defisit sebagai sebuah negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan (NGIS) ke-10 di sini hari ini.
Belanjawan 2026 dijadualkan dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat ini.
Menurut CIMB Investment Bank Bhd baru-baru ini, defisit fiskal kumulatif Malaysia mengecil 10.6 peratus tahun ke tahun kepada RM49.4 bilion setakat Ogos 2025, sekali gus memastikan kerajaan berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran setahun penuh RM80 bilion atau 3.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Katanya negara mencatatkan defisit bulanan yang lebih kecil berjumlah RM2.7 bilion pada Ogos, iaitu terendah dalam tempoh 11 bulan, didorong oleh penurunan hasil sebanyak 0.3 peratus tahun ke tahun dan peningkatan perbelanjaan sebanyak 0.8 peratus tahun ke tahun.
Mengenai Belanjawan 2026, CIMB berkata kerajaan dijangka mengimbangi langkah bersifat akomodatif dengan pengukuhan fiskal yang berterusan serta unjuran defisit yang lebih kecil sebanyak 3.6 peratus daripada KDNK.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini
Ringkasan AI
- Belanjawan 2026 dijangka memberi keutamaan kepada pengurangan defisit negara selaras dengan usaha kerajaan memastikan kedudukan fiskal yang mampan dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu.
- Menteri Johari Abdul Ghani menyatakan kerajaan sedang berusaha mengimbangi keperluan merangsang ekonomi dengan langkah pengukuhan fiskal, dan percaya belanjawan akan merangkumi strategi mengurangkan defisit.
- Menurut data semasa, defisit fiskal Malaysia mengecil kepada RM49.4 bilion setakat Ogos 2025, dan Belanjawan 2026 dijangka menyasarkan defisit lebih kecil sebanyak 3.6 peratus daripada KDNK.