awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kawalan sempadan diperkukuh, tangkapan rakyat Malaysia di Sungai Golok menurun
Loji penyahgaraman air laut di POIC mampu jadi model selesai bekalan air industri Sabah
Peruntukan RM50 juta bantu selenggara 28 SJKT di Pulau Pinang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat

Astro Awani
Astro Awani
17/07/2024
00:20 MYT
Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat
Mesyuarat kedua penggal ketiga Parlimen ke-15 berlangsung selama 15 hari hingga Khamis ini. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Langkah-langkah untuk meknoktahkan kemiskinan tegar di Sabah terutamanya di lapan daerah yang dikategorikan termiskin di Malaysia antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut aturan urusan mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta Menteri Ekonomi menyatakan langkah tersebut pada sesi jawab lisan.
Pada sesi sama Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bertanyakan Menteri Ekonomi data terkini mengenai kadar kemiskinan tegar di Sabah dan apakah inisiatif yang dilakukan bagi meknoktahkan kemiskinan di Sabah Julai ini.
Turut menjadi tumpuan ialah pertanyaan Ahli Parlimen Kuala Krau, Kamal Ashaari yang mahu Menteri Ekonomi menyatakan kegunaan Pangkalan Data Utama (PADU) yang sebenar dan kepentingannya dalam jangka masa pendek dan panjang kepada negara terutamanya daripada sudut keselamatan data dan dasar data terbuka.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail, minta penjelasan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkaitan hilangnya beras putih tempatan sejak beberapa bulan yang lalu sedangkan pesawah terus menanam padi.
Antara tumpuan lain termasuk pertanyaan Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamshulkahar Mohd Deli yang ingin tahu tentang pelaburan modal berkaitan kecerdasan buatan (AI) di Asia Tenggara lebih bertumpu di Singapura dan Indonesia berbanding Malaysia.
Soalan tersebut diajukan kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri termasuk tindakan kerajaan menggalakkan pelaburan berkaitan AI di negara ini.
Mesyuarat kedua penggal ketiga Parlimen ke-15 berlangsung selama 15 hari hingga Khamis ini.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#kemiskinan tegar
#Sabah
#Bung Moktar Radin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan