MALAYSIA
Langkah pemulihan, kawalan dadah perlu dipertingkatkan - Raja Muda Kedah
Tengku Sarafudin Badlishah bertitah, strategi yang perlu dilaksanakan memerlukan pelan yang sistematik dan bersepadu selain tidak boleh bersifat sementara semata-mata. - Gambar/ Astro AWANI
ALOR SETAR: Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin bertitah agar langkah pemulihan serta kawalan terhadap dadah di negeri Jelapang Padi perlu dipertingkatkan khususnya untuk merealisasikan sasaran 'Dadah Terkawal 2030'.
Ringkasan AI
Menurut baginda, strategi yang perlu dilaksanakan juga memerlukan pelan yang sistematik dan bersepadu selain tidak boleh bersifat sementara semata-mata.
Tengku Sarafudin Badlishah bertitah, usaha memerangi penyalahgunaan dadah turut perlu diperluaskan di pelbagai peringkat meskipun perkembangan positif dicatatkan terutamanya melalui model pemulihan berasaskan komuniti.
Ia termasuklah projek perintis rawatan pemulihan yang dilaksanakan di Naga, Kubang Pasu sejak Ogos 2023.
"Kita telah buat bermula di mukim Naga (daerah) Kubang Pasu dan daripada hasil 'pilot project' itu kadar pemulihan adalah tinggi dan meningkat daripada 67.71% pada 2023 kepada 95.2% tahun ini.
"Daripada hasil kejayaan 'pilot project' ini, ia telah dipertingkatkan kepada (program) ALter @ Komuniti 2.0 Upgraded Version untuk pemilihan klien-klien ini... dan untuk 2025, ia akan diperluaskan kepada semua daerah di negeri Kedah," titah baginda.
Raja Muda Kedah bertitah demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Seminar Menangani Gejala Dadah dan Apresiasi Kepulihan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Alor Setar pada Ahad.
Baginda turut bertitah bahawa isu penyalahgunaan dadah bukan sahaja menjadi ancaman besar kepada kestabilan keluarga dan kesejahteraan masyarakat bahkan terhadap masa depan negeri.
Kedah kekal antara negeri tertinggi kadar penagihan bahan terlarang itu bagi tempoh Januari hingga September 2025.
Data menunjukkan bahawa daerah Pendang mencatatkan kadar penagih dan penyalah guna dadah (penagih kali pertama) tertinggi bagi daerah di Malaysia iaitu seramai 1,487 orang bagi setiap 100,000 penduduk.
Sehubungan itu, Tengku Sarafudin Badlishah menyarankan agar penekanan diberikan terhadap beberapa pendekatan kolektif merangkumi pendidikan, rawatan, pencegahan serta penguatkuasaan undang-undang bagi mengatasi masalah berkenaan.
Ringkasan AI
- Tengku Sarafudin Badlishah menekankan perlunya peningkatan langkah pemulihan dan kawalan dadah di negeri Kedah bagi mencapai sasaran 'Dadah Terkawal 2030'.
- Strategi pemulihan dadah perlu berterusan, sistematik, dan bersepadu untuk memastikan keberkesanan jangka panjang.
- Projek perintis rawatan pemulihan di Naga, Kubang Pasu mencatatkan kejayaan tinggi, dengan kadar pemulihan meningkat daripada 67.71% pada 2023 kepada 95.2% pada tahun ini. Program ini akan diperluaskan ke semua daerah di Kedah menjelang 2025.