KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan langkah positif di bawah pimpinannya dengan menyeru anggota Kabinet yang dilantik supaya tidak membazirkan wang kerajaan bagi perbelanjaan tidak perlu, kata ahli akademik.
Mereka berpendapat langkah itu dilihat cakna dengan situasi ekonomi, kewangan negara dan sentimen rakyat sekali gus ke arah memulihkan ekonomi negara.
Timbalan Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) Noor Mohamad Shakil Hameed berkata pendekatan itu mampu memberi kesan positif kepada kedudukan kewangan negara sekiranya dilaksanakan secara konsisten.
Beliau yang juga pakar pentadbiran awam dan pemerhati isu semasa berkata setiap kementerian dan agensi kerajaan juga perlu menilai semula perancangan perbelanjaan yang telah ditetapkan sebelum ini khususnya Bajet 2023, dengan mengambil kira 'ribut ekonomi' yang dijangka berlaku pada 2023.
"Ambil peluang untuk mengkaji semula semua perancangan perbelanjaan 2023 khususnya yang membabitkan perolehan besar termasuk projek berskala besar bagi menentukan apakah ia benar-benar perlu dilaksanakan pada ketika ini, atau boleh ditangguh sehingga ekonomi kembali pulih.
"Selain itu, perbelanjaan berbentuk keraian seperti majlis-majlis yang besar dan program perasmian yang kebiasaannya menelan kos perbelanjaan yang besar wajar dikawal dan dikurangkan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Pensyarah Jabatan Sejarah Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Profesor Dr Ishak Saat berpandangan langkah penjimatan itu sangat tepat sebagai kesiapsiagaan menghadapi kegawatan ekonomi global yang dijangka berlaku pada tahun depan.
"Saranan untuk berjimat ini sepatutnya disahut bukan sahaja dalam Kabinet tetapi juga agensi dan jabatan-jabatan kerajaan juga perlu berjimat cermat... Ini perlu supaya kita dapat seimbangkan balik masalah inflasi dan kegawatan ekonomi. Ditambah pula kita (kerajaan) 'mewarisi' hutang negara yang agak ketara.
"Selain itu, mesyuarat Kabinet esok juga dijangka akan membincangkan pemotongan gaji kesemua menteri, saya berharap menteri-menteri terima cadangan ini untuk tunjukkan kepada rakyat keikhlasan mereka bekerja dan bukannya untuk kepentingan diri sendiri," kata Ishak yang juga Ahli Senat UPSI.
Turut senada dengan mereka, Pensyarah Kanan Politik dari Universiti Malaya (UM) Dr Mohammad Tawfik Yaakub yang berpendapat langkah penjimatan itu adalah wajar dalam usaha mengurangkan bebanan kewangan kerajaan dan mengalirkan dana penjimatan kepada keperluan yang lebih penting.
Mohammad Tawfik berkata antara langkah yang wajar dirasionalisasikan adalah dengan mengurangkan lantikan politik seperti pegawai khas dan setiausaha politik manakala penggunaan kemudahan kelas satu berdasarkan kepada keperluan.
Pada 2 Dis lepas, Anwar pada sidang media berkata Jemaah Menteri yang menganggotai Kabinet Kerajaan Perpaduan perlu mengelakkan pembaziran serta fokus dalam melaksanakan inisiatif yang boleh meringankan beban rakyat.
Hari ini, Perdana Menteri akan mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama bagi membincangkan beberapa peraturan baharu termasuk tumpuan kepada memulihkan ekonomi yang perlu diikuti barisan jemaah menteri di bawah pimpinannya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 04 2022

Pada 2 Dis lepas, Anwar berkata Jemaah Menteri yang menganggotai Kabinet Kerajaan Perpaduan perlu mengelakkan pembaziran serta fokus dalam melaksanakan inisiatif yang boleh meringankan beban rakyat. - Foto Facebook/Anwar Ibrahim

Anwar pertahan lantikan, tegaskan Nurul Izzah tidak akan salah guna kuasa
Beliau cakna dengan respons daripada rakyat namun sekali lagi menegaskan anaknya itu tidak akan menerima sebarang imbuhan.

AWANI Ringkas: Malaysia hantar pasukan SMART, bantu operasi SAR di Turkiye
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tukang masak pukul majikan hingga maut direman
Suspek berusia 55 tahun itu ditahan sejurus kejadian berlaku di sebuah restoran di Jalan Stadium di sini.

Media ASEAN | Wartawan Malaysia dan Indonesia bersama bincang isu serantau
Wartawan Malaysia dan Indonesia perlu bersama membincangkan isu-isu serantau yang memberi impak kepada kedua-dua negara.

Tembak Belon | China sekali lagi kutuk Amerika Syarikat
China sekali lagi mengutuk tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menembak jatuh belon yang didakwa pengintip negara itu Sabtu lalu.

Menu Rahmah | Restoran tawar menu asam pedas Melaka
Sebagai usaha membantu golongan yang kurang berkemampuan, sebuah restoran asam pedas terkenal di Bandar Hilir, Melaka turut mengambil inisiatif menawarkan sajian menu Rahmah, set asam pedas dengan harga serendah RM5.
![[KOLUMNIS] Poligraf - Menguji integriti seseorang [KOLUMNIS] Poligraf - Menguji integriti seseorang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675685761_akhbarsatar.jpg)
[KOLUMNIS] Poligraf - Menguji integriti seseorang
Poligraf digunakan oleh agensi penguatkuasa undang-undang, sistem kehakiman, sektor swasta dan media di beberapa negara untuk menentukan sama ada seseorang itu bercakap benar.

Gempa Bumi | Turkiye, Syria dilanda gempa kedua
Ini perkembangan terbaharu. Kurang 12 jam selepas dilanda gempa bumi dahsyat bermagnitud 7.8, Turkiye dilanda satu lagi gempa bermagnitud tinggi. Media kerajaan di Syria juga melaporkan, Damsyik turut terjejas dengan gempa susulan itu.

Politik | Anwar akui ada bekas ahli UMNO mahu sertai PKR
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui ada bekas ahli UMNO yang berminat menyertai parti itu. Namun perkara itu perlu dibincangkan bersama kepimpinan UMNO terlebih dahulu.

Sidang Media | Apa kata Perdana Menteri?
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan pemimpin politik yang seolah-olah menggunakan agama untuk 'membenarkan' salah guna kuasa dan rasuah. Tegas Presiden PKR itu, tidak mungkin mana-mana agama digunakan untuk mempertahankan rasuah dan salah guna kuasa apatah lagi Islam yang sememangnya tegas menentang kesalahan itu. Di bilik berita Ridauddin Daud ada butirannya.

Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2023 secara sederhana
Ia selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai langkah penjimatan dalam perbelanjaan yang perlu diamalkan.

Langkah penjimatan Jemaah Menteri ke arah pulihkan ekonomi negara - Ahli akademik
Langkah itu dilihat cakna dengan situasi ekonomi, kewangan negara dan sentimen rakyat sekali gus ke arah memulihkan ekonomi negara.

Langkah penjimatan tidak jejas bantuan JKM - Rina Harun
Rina berkata, 80 peratus daripada peruntukan kementerian adalah disalurkan kepada penerima bantuan JKM dan jumlah itu akan dikekalkan.

Kenyataan IMF tidak membantu Greece
Pengakuan IMF berkaitan kegagalan dana bantuan pertama membantu memulihkan ekonomi Greece mendapat reaksi parti pembangkang negara itu.