awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langkah penjimatan, tiada projek pembangunan dibatalkan di Perak - MB

Bernama
Bernama
20/07/2022
06:16 MYT
Langkah penjimatan, tiada projek pembangunan dibatalkan di Perak - MB
Saarani berkata ini kerana projek sedia ada membabitkan kerajaan negeri, telah bermula dan tiada masalah untuk diteruskan. - Gambar fail
IPOH: Pengumuman kerajaan Persekutuan bahawa semua projek pembangunan yang belum dimulakan akan ditangguh atau dibatalkan terus sebagai langkah penjimatan, tidak membabitkan projek di negeri Perak.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata ini kerana projek sedia ada membabitkan kerajaan negeri, telah bermula dan tiada masalah untuk diteruskan.
"Pengumuman itu dibuat oleh menteri yang menjaga Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) yang mungkin dibuat kerana tapisan projek berasaskan peruntukan mereka.
"Tapi kita di Perak tiada masalah (dengan pengumuman) kerana projek telah dimulakan dan akan diteruskan. Itulah jawapan saya, yang lain (terkesan) mungkin projek-projek Persekutuan," katanya ringkas dalam sidang media sejurus penangguhan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Beliau mengulas pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed pada Ahad lepas yang dilapor berkata semua projek pembangunan yang belum dimulakan, akan ditangguh atau dibatalkan terus sebagai menyahut langkah penjimatan dalaman yang diarahkan menerusi Pekeliling Perbendaharaan Malaysia bertajuk 'Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam'.
Menurut Mohamed beliau sudah mengadakan mesyuarat dengan beberapa agensi berkenaan bagi mengenal pasti mana-mana projek berkaitan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Saarani Mohamad
#projek pembangunan
#Unit Perancang Ekonomi
#Mustapa Mohamed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan