KUALA LUMPUR: Keputusan memperluas bantuan e-Dompet 2023 kepada semua mahasiswa yang berkelayakan menunjukkan bahawa kerajaan mendengar 'suara' mahasiswa selain menyedari golongan itu perlu dibantu tanpa mengira kumpulan umur.
Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) Rasydan Mohd Hassan berkata pemberian inisiatif itu relevan sejajar dengan ambilan kemasukan mahasiswa ke universiti yang bukan sahaja terdiri daripada mereka berusia 18 hingga 20 tahun, sebaliknya ada juga melepasi peringkat umur tersebut.
"Sekiranya kita hanya mengklasifikasikan mahasiswa itu kepada beberapa peringkat umur sahaja, ia mungkin tidak adil kepada mereka yang bergelar mahasiswa tetapi tidak berada dalam kumpulan umur tersebut," katanya kepada Bernama.
Rasydan berkata bantuan RM200 itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan golongan pelajar di institusi pengajian tinggi.
Presiden Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Aliff Naif Mohd Fizam pula berpendapat langkah memperluas bantuan itu merupakan pendekatan inklusif oleh kerajaan bagi memastikan kebajikan golongan mahasiswa terus terjamin.
"Inisiatif ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak mendiskriminasi golongan mahasiswa yang memerlukan," katanya.
Aliff Naif berkata mahasiswa adalah golongan yang tidak mempunyai pendapatan dan tempoh pengajian memerlukan sekurang-kurangnya empat tahun, justeru keputusan memperluas golongan penerima bantuan e-Dompet itu akan membantu lebih banyak pihak.
Seorang penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hotel dan Pelancongan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Siti Sarah Zulkifli, 24, berkata keputusan kerajaan itu dapat membantu lebih ramai mahasiswa termasuk dirinya yang sudah mendirikan rumah tangga dua bulan lepas.
"Saya sudah berkahwin dan suami (24 tahun) saya di tahun akhir pengajian Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Hotel dan Pelancongan) di sini (UiTM). Jadi bila kerajaan umum bantuan RM200 (e-Dompet) akan diperluas kepada semua mahasiswa, kami lega sebab dapat perbelanjaan tambahan yang boleh digunakan untuk pengajian dan keperluan.
"Jumlah memang tidak banyak, tetapi boleh bantu kami berdua untuk mendapatkan barangan keperluan asas. Bila dah kahwin ini, komitmen kami bertambah, jadi boleh guna untuk perkara seperti itu," katanya.
Pada 7 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan akan memperluas bantuan e-Dompet 2023 kepada semua mahasiswa yang berkelayakan di negara ini bagi memastikan bantuan tersebut dapat dimanfaatkan oleh golongan berkenaan.
Isu itu dibangkitkan seorang wakil pelajar pada Sesi Dialog Perdana Menteri bersama Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Se-Malaysia yang mendapati Belanjawan 2023 meletakkan kategori penerima bantuan e-Dompet berjumlah RM200 adalah individu berusia 18 hingga 20 tahun, sedangkan ada mahasiswa berusia 21 hingga 23 tahun menyebabkan tidak layak memohon bantuan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 09 2023
Bantuan RM200 itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan golongan pelajar di institusi pengajian tinggi. - Bernama
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
Mungkin guna MyKad, e-dompet salur subsidi RON95 - Amir Hamzah
Mekanisme Mykad atau e-dompet mungkin akan diguna dalam penyaluran subsidi RON95 kepada rakyat yang layak.
Pembayaran tanpa tunai: Insentif buat peniaga, pengunjung Bazar Rahmah sempena Ramadan - KPDN
Insentif RM50 kepada peniaga yang tawarkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai di lapan Bazar Rahmah di Terengganu sepanjang Ramadan ini.
Tebus RM100 eMADANI melalui aplikasi MAE Maybank, guna di lebih 700,000 peniaga
Rakyat Malaysia berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai lebih RM500,000.
3,176 pelajar tingkatan enam, kolej vokasional terima Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai
Menerusi program itu setiap pelajar terpilih menerima bantuan e-dompet bernilai RM50 sebulan bagi tempoh tiga bulan berturut-turut.
Langkah perluas bantuan e-dompet bukti kerajaan dengar suara mahasiswa
Bantuan RM200 itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan golongan pelajar di institusi pengajian tinggi.
Pengunjung Bazar Ramadan Rahmah terima insentif menerusi e-dompet
Pengunjung Bazar Ramadan Rahmah bakal menerima insentif RM20 seorang, menerusi plaform e-dompet yang melibatkan peruntukan keseluruhan kira-kira RM2 juta.
Tipu tawaran e-baucar: Polis buka lima kertas siasatan
Tawaran melalui aplikasi dalam talian itu diperkenalkan pada 2020 membabitkan pembelian barangan dan perkhidmatan menggunakan e-dompet.
ReDI pastikan agenda digitalisasi diperluas ke luar bandar - PM
ReDI merupakan langkah proaktif yang tepat pada masanya dan turut disokong Bank Negara Malaysia dalam mewujudkan masyarakat digital.
Tiada lagi transaksi tunai di Puspakom mulai 1 Julai
Transaksi pembayaran bagi semua jenis pemeriksaan kenderaan di Puspakom akan beralih kepada pembayaran tanpa tunai mulai 1 Julai depan.
Prasarana akan perluas kolaborasi bagi mudahkan transaksi tanpa tunai
Kaedah pembayaran tiket dan pas perjalanan pengangkutan awam akan menjadi lebih mudah.