MALAYSIA

Langkah Petronas rujuk isu kawal selia ke Mahkamah Persekutuan wajar - Hassan

Astro Awani 12/01/2026 | 11:50 MYT
Kata Hassan, langkah Petronas adalah tepat dan berlandaskan prinsip perundangan yang kukuh, sejajar dengan kedaulatan undang-undang. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, menyatakan sokongan terhadap tindakan Petronas yang memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan kepastian mengenai kerangka kawal selia operasi syarikat itu di Sarawak.


Ringkasan AI
  • Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menyokong langkah Petronas memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan kepastian mengenai kerangka kawal selia operasi syarikat itu di Sarawak.
  • Hassan menegaskan bahawa rujukan kehakiman ini penting untuk memberikan kejelasan undang-undang serta mengelakkan pertikaian di antara pihak Persekutuan dan negeri dalam sektor petroleum.
  • Beliau menyatakan bahawa penyelesaian melalui Mahkamah Persekutuan adalah penting untuk memastikan tadbir urus sektor petroleum dilakukan secara telus serta memelihara kepentingan negara dan negeri dalam jangka masa panjang.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

BACA: Petronas memohon penjelasan mengenai kerangka kawal selia Petroleum di Sarawak

Menurut Hassan yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Parlimen Mengenai Hubungan Persekutuan dan Negeri, langkah Petronas adalah tepat dan berlandaskan prinsip perundangan yang kukuh, sejajar dengan kedaulatan undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan.

“Isu yang melibatkan Petronas, Petroleum Sarawak Berhad (Petros), Kerajaan Negeri Sarawak dan Kerajaan Persekutuan dalam sektor petroleum jelas menyentuh tafsiran Perlembagaan Persekutuan.

"Merujuk perkara ini ke Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan penentuan muktamad adalah langkah paling wajar dan berperlembagaan,” katanya kepada Astro AWANI.

Beliau menekankan rujukan kehakiman ini bukan sahaja akan memberikan kejelasan undang-undang, tetapi juga mengelakkan sebarang pertikaian berpanjangan antara pihak Persekutuan dan negeri serta memastikan tadbir urus sektor petroleum dijalankan secara telus dan teratur.

Tambahnya, penyelesaian melalui Mahkamah Persekutuan adalah sejajar dengan semangat perlembagaan dan memastikan kepentingan negara serta negeri terpelihara dalam jangka masa panjang.





Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Siapakah yang menyatakan sokongan terhadap tindakan Petronas dalam memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan?
    A: Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.
  • Q: Mengapakah Hassan Abdul Karim menyokong langkah Petronas memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan?
    A: Kerana langkah Petronas adalah tepat dan berlandaskan prinsip perundangan yang kukuh, sejajar dengan kedaulatan undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan.
  • Q: Apakah kesan yang diharapkan daripada rujukan ke Mahkamah Persekutuan berkaitan isu yang melibatkan Petronas, Petroleum Sarawak Berhad (Petros), Kerajaan Negeri Sarawak dan Kerajaan Persekutuan dalam sektor petroleum?
    A: Memberikan kejelasan undang-undang, mengelakkan pertikaian berpanjangan, serta memastikan tadbir urus sektor petroleum dijalankan secara telus dan teratur.
  • Q: Bagaimanakah penekanan Hassan Abdul Karim terhadap penyelesaian melalui Mahkamah Persekutuan dapat dijelaskan?
    A: Penyelesaian melalui Mahkamah Persekutuan adalah sejajar dengan semangat perlembagaan, memastikan kepentingan negara serta negeri terpelihara dalam jangka masa panjang.



#Petronas #Hassan Abdul Karim #Sarawak