awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langkah pinda Perlembagaan rakyat lahir di luar negara disifatkan kejayaan hak sama rata

Astro Awani
Astro Awani
19/02/2023
12:08 MYT
Langkah pinda Perlembagaan rakyat lahir di luar negara disifatkan kejayaan hak sama rata
Langkah itu dialu-alukan dan harus dipuji, memandangkan ibu rakyat Malaysia dengan pasangan asing telah menuntut keadilan negara memberikan kewarganegaraan automatik.
KOTA KINABALU: Langkah meminda Perlembagaan Persekutuan supaya kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia boleh mendapat kerakyatan secara automatik adalah kejayaan hak sama rata.
Pengerusi Pakatan Harapan Sabah, Datuk Christina Liew berkata langkah itu dialu-alukan dan harus dipuji, memandangkan ibu rakyat Malaysia dengan pasangan asing telah menuntut keadilan negara memberikan kewarganegaraan automatik.
"Kami memuji penyelesaian ini terhadap isu kewarganegaraan yang telah lama berlarutan selain menimbulkan keresahan dan tekanan kepada para ibu yang terlibat.
"Kerajaan perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mencapai keputusan penting ini," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Tambahnya, langkah ini merupakan satu kemajuan kepada prinsip kesaksama jantina yang menetapkan semua orang adalah sama di hadapan undang-undang seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Semalam, Kementerian Dalam Negeri (KDN) yakin cadangan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia mendapat kerakyatan, mampu memberi impak besar kepada pihaknya dalam menguruskan hal-hal berkaitan.
Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ini kerana banyak permohonan diterima pihaknya berkaitan isu kerakyatan.
Topic Berkaitan
#Perlembagaan Persekutuan
#Christina Liew
#kelahiran luar negara
#Kerakyatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan