Kerajaan Melaka mengambil langkah tegas bagi mengelak kes kebocoran gas klorin di Kampung Tambak Paya, Jasin dekat sini pada Khamis lepas, daripada berulang.
Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata semua pihak perlu berganding bahu memainkan peranan masing-masing dalam membantu pihak berkuasa menangani sebarang ancaman jenayah di kawasan kediaman mereka.
"Saya minta pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengeluarkan notis kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi memantapkan pemahaman dan meningkatkan kesedaran masyarakat agar membuat laporan sekiranya melihat sesuatu yang mencurigakan.
"Kita mesti berhati-hati dan lebih berwaspada serta melaporkan kepada pihak berkuasa sebagai tindakan awal (bagi mencegah insiden yang tidak diingini berlaku)," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Ayer Keroh di sini pada Rabu.
Khamis lepas, media melaporkan dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, 250 penduduk di kampung tersebut diarahkan mengosongkan kediaman mereka oleh pihak bomba atas faktor keselamatan.
Sementara 50 mangsa termasuk anggota pihak berkuasa dikejarkan ke Hospital Melaka dan Hospital Jasin kerana mengalami sesak nafas dipercayai selepas terhidu gas klorin.
Dalam kejadian tersebut, tujuh tong ditemui dibuang di kawasan rumah yang ditinggalkan di kampung berkenaan, sebelum satu daripada tong itu bocor dan mengeluarkan bahan kimia dipercayai klorin.
BACA: Kebocoran gas: Polis panggil syarikat pemilik tong klorin
BACA: Kebocoran gas: Tujuh tong klorin dipindahkan - bomba
Pada Selasa, enam individu direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 24 Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan, manakala dua lagi suspek sedang diburu pihak polis.
Dalam perkembangan lain, Idris berkata sebuah kilang yang menjalankan perusahaan kulit tauhu di Rembia, Alor Gajah dekat sini berhadapan risiko ditutup berikutan gagal mematuhi peraturan dan tidak menepati spesifikasi ditetapkan.
"Saya telah mengarahkan pegawai terlibat agar kilang yang sudah lama beroperasi itu ditutup sementara proses pemutihan dijalankan. Kita tidak mahu apa yang berlaku di Pulau Pinang berlaku di Alor Gajah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 04 2017
IDRIS: Kita mesti berhati-hati dan lebih berwaspada serta melaporkan kepada pihak berkuasa sebagai tindakan awal. - Gambar fail
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
Warga emas dilapor hilang ditemukan lemas di Sungai Pengkalan
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menghadapi kesukaran kerana arus sungai deras.
Pekerja kontraktor TNB maut dirempuh pemandu mabuk
Muhammad Syairazi yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ajal pulang kerja, pemuda maut dihempap pokok tumbang
Seorang pekerja kilang yang dalam perjalanan pulang ke rumah maut selepas motosikal ditunggangnya dihempap pokok tumbang di Alor Gajah.
'Al-Fateh tunggu 'mommy' di syurga ya'
Muhammad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri yang berusia lapan bulan meninggal dunia ketika berada dalam jagaan pengasuh di sebuah Taska di Alor Gajah.
Bayi lapan bulan maut, taska tidak berdaftar dengan JKM
Taska di Taman Kelemak Utama yang menjadi lokasi seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia dipercayai ditekup dengan bantal disahkan tidak berdaftar dengan JKM.
Banjir kilat: Sebuah PPS dibuka di Alor Gajah
PPS di Balai Raya Bukit Balai dibuka pada 11.30 malam tadi, menempatkan mangsa dari Kampung Bukit Balai dan Kampung Bukit Tambun.
Enam ekor lembu mati dilanggar treler
Enam ekor lembu mati dilanggar sebuah treler di Jalan Cherana Putih di Alor Gajah pagi tadi.
Suami isteri maut gara-gara kereta masuk laluan bertentangan
Kereta Proton Saga yang dipandu pelajar lelaki berusia 20 tahun telah masuk ke laluan bertentangan dan melanggar motosikal dinaiki mangsa.
Satu PPS di Alor Gajah dibuka, tempatkan 51 mangsa banjir
Mangsa terdiri daripada 13 keluarga dari sembilan kampung di daerah Alor Gajah, ditempatkan di Balai Raya Balik Balai.
Lebih 50 rumah terjejas akibat banjir kilat di Melaka
Sekurang-kurangnya 57 rumah penduduk di Melaka Tengah dan Alor Gajah terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebih dua jam sejak pukul 3 petang tadi.