KUALA LUMPUR: Langkah Kementerian Pengangkutan tidak menawarkan menawarkan diskaun bagi saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sempena program Setahun Bersama Kerajaan MADANI adalah bagi mendidik orang ramai.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kementerian itu telah mengamalkan dasar tiada pemberian diskaun sejak 2018 lagi semasa beliau menerajui kementerian berkenaan dari 2018 hingga 2020.
"Kita sudah ada dasar ini sejak tahun 2018 lagi apabila saya menjadi menteri MOT (Menteri Pengangkutan) pada tahun itu. Pada ketika itu juga, saya telah membatalkan lebih RM4 juta saman kamera AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik) secara sekali beri dan orang ramai menyambut baik perkara itu.
Kami hendak beri satu mesej kepada orang ramai bahawa saman itu adalah untuk mendidik. Jika kami bagi diskaun, ia tidak adil kepada orang lain yang bayar saman pada masa yang ditetapkan," katanya selepas meninjau reruai kementerian itu pada program berkenaan di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, hari ini.
Loke berkata JPJ sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab menjaga keselamatan jalan raya tidak akan berkompromi dalam hal ini dan perkara itu juga telah dimaklumkan kepada Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali kerana isu kesalahan-kesalahan jalan raya mesti dipandang serius.
"Semalam, saya dapat makluman orang ramai datang ke kaunter JPJ untuk dapatkan diskaun saman dan mereka berdukacita maka saya memohon maaf kerana terdapat salah faham isu ini.
Apabila perkara ini sedikit kecoh semalam, saya telah bermesyuarat khas bersama KSU (Ketua Setiausaha MOT) dan pengurusan tertinggi JPJ berhubung respons orang ramai dalam hal ini dan kami sebulat suara menegaskan tiada diskaun saman diberi," katanya.
Menurutnya walaupun tiada pemberian diskaun saman JPJ, kementeriannya turut mengadakan program lain seperti pemberian 5,000 topi keledar secara percuma yang mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai selain turut mengadakan cabutan bertuah yang menawarkan tiket penerbangan kepada orang ramai.
Loke berkata berdasarkan sambutan itu kementerian menambah 2,000 unit lagi topi kalendar baharu percuma menjadikan jumlah keseluruhan agihan topi kaledar sebanyak 5,000 unit sepanjang tiga hari program itu berlangsung.
Menurutnya, Majlis Keselamatan Jalan Raya negeri akan memperluas inisiatif itu ke seluruh negara tahun hadapan termasuk ke Sabah dan Sarawak bagi memastikan orang ramai khususnya penunggang motosikal mengoptimumkan keselamatan jalan raya dengan memakai topi keledar yang baik dan selamat.
"Kita tidak boleh hanya bagi di sini (Bukit Jalil), mungkin yang datang hanya dari Lembah Klang dan kawasan berdekatan, tetapi kita akan agihkan juga topi keledar ini ke seluruh negara tahun hadapan melalui Majlis Keselamatan Jalan Raya negeri masing-masing," katanya.
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang diadakan selama tiga hari mulai semalam, memberi fokus kepada tiga komponen iaitu Showcase Pencapaian Setahun Kerajaan MADANI, perkhidmatan touchpoint rakyat dan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat.
Majlis penutupan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI dijadual akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim esok yang turut dihadiri kepimpinan tertinggi kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 09 2023
Loke berkata jumlah keseluruhan agihan topi kaledar sebanyak 5,000 unit sepanjang tiga hari program Setahun Bersama Kerajaan MADANI itu berlangsung. - Gambar Bernama
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Agensi pemerkasaan agenda bumiputera perlu cekap, bertanggungjawab - PM
Anwar bagaimanapun berkata semua dasar bumiputera tidak akan mengenepikan hak kaum-kaum lain.
Harga diesel turun 5 sen mulai esok
Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 5 sen kepada RM3.30 seliter seiring dengan penurunan harga pasaran dunia minyak ketika ini.
Ringgit cecah 4.4000 berbanding dolar AS
Ringgit Malaysia mencecah 4.4000/4150 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pukul 11.32 pagi hari ini.
'Belum terbuka hati jumpa wakil pembangkang' - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mengakui terdapat wakil parti politik pembangkang yang mahu berjumpa beliau dan Anwar untuk berunding membentuk kerjasama dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Terlalu awal klasifikasi isu HRD Corp sebagai skandal seperti 1MDB - Fahmi
Fahmi menyifatkan terlalu awal untuk mengklasifikasikan isu pengurusan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) sebagai skandal seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kerajaan pertimbang model Ombudsman unik, gabung EAIC, Biro Pengaduan Awam
Kerajaan sedang mempertimbangkan satu model Ombudsman Malaysia yang unik dengan menggabungkan Biro Pengaduan Awam serta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).
Kebajikan anggota keselamatan terus diberi keutamaan - PM Anwar
Perdana Menteri beri jaminan bahawa Kerajaan Madani akan terus memastikan kebajikan dan kemudahan anggota keselamatan diberi keutamaan.
Rasionalisasi subsidi diesel diumum jam 5 petang hari ini
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan akan mengadakan sidang media mengenai rasionalisasi subsidi diesel di pejabat Kementerian Kewangan di Putrajaya jam 5 petang pada Ahad.
Dasar TVET Negara 2030: 5 teras selaras program TVET
DASAR TVET Negara 2030 adalah usaha menyelaras pelaksanaan program TVET di Malaysia.
PM umum tambahan RM200 juta perkasa program TVET
Kerajaan mengumumkan pembiayaan tambahan RM200 juta bagi program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang akan dapat dimanfaatkan oleh kira-kira 13,000 orang pelajar.