KUALA NERANG: Sebanyak 174 perjalanan bas ekspres setiap minggu dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis yang turut melalui Terminal Shah Alam disediakan pihak MARA Liner Sdn. Bhd. (MARA Liner) sejak 16 September lalu.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata ia merupakan salah satu usaha membantu menjayakan projek rintis gelembung pelancongan di Pulau Langkawi sekali gus memulihkan semula industri pelancongan negara.
Tambah beliau, inisiatif yang dilaksanakan itu juga dapat memberi nafas baharu kepada industri pengangkutan terutama bagi syarikat perkhidmatan bas seperti MARA Liner untuk kembali beroperasi seperti sedia kala.
"Kita harap para penumpang tidak perlu bimbang untuk menggunakan bas MARA Liner untuk melancong ke pulau peranginan itu memandangkan kesemua pemandu telah lengkap menerima suntikan vaksin selain kesemua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipatuhi sepenuhnya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas majlis penyerahan bas baharu MARA Liner di Bengkel Mara Liner Kuala Nerang pada Sabtu.
Dalam pada itu, Mahdzir memaklumkan perkhidmatan bas MARA terutamanya di kawasan luar bandar tetap diteruskan, meskipun operasi MARA Liner mengalami penurunan penumpang kesan pandemik COVID-19.
Menurutnya, sehingga Ogos lalu, seramai 12,000 penumpang menggunakan perkhidmatan bas MARA Liner berbanding 83,000 penumpang pada 2019.
Keadaan itu berlaku disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lalu, selain orang ramai bimbang untuk keluar dan menggunakan perkhidmatan bas.
Abd Hadi Che Awang
Sat Oct 02 2021

Perkhidmatan itu merupakan salah satu usaha membantu menjayakan projek rintis gelembung pelancongan di Pulau Langkawi. - Gambar/ Bernama

10 Berita Pilihan - (06 Julai 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isu bekalan minyak masak, ayam, telur dibentang dalam mesyuarat esok
Laporan terkini berhubung kedudukan bekalan minyak masak dalam paket satu kilogram, ayam dan telur dalam pasaran akan dibentangkan dalam mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi esok.

AWANI Ringkas: Kalwant Singh gagal rayuan, akan jalani hukuman mati Khamis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: OPR: Naik lagi 25 mata asas, kini 2.25 peratus
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Buat kandungan media sosial, polis boleh kenakan tindakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![AWANI 7:45 [06/07/2022] - Kadar OPR 2.25 peratus | Bukan untuk perniagaan | Lepas tuduhan edar dadah AWANI 7:45 [06/07/2022] - Kadar OPR 2.25 peratus | Bukan untuk perniagaan | Lepas tuduhan edar dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976806/thumbnails/13069823071657115619066_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [06/07/2022] - Kadar OPR 2.25 peratus | Bukan untuk perniagaan | Lepas tuduhan edar dadah
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nailah Huda Tumpuan #AWANI745 malam ini: - Kadar Dasar Semalaman naik 25 mata. - Amaran, minyak masak peket satu kilogram hanya untuk isi rumah. - Tragedi kepala air Baling: Sanusi nafi sembunyi fakta projek Musang King.

Ongkili tidak bersetuju dengan usul Perjanjian Malaysia baharu
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Maximus Ongkili hari ini menzahirkan pendiriannya yang tidak bersetuju dengan usul Perjanjian Malaysia baharu.

Warga Malaysia Kalwant Singh jalani hukuman gantung subuh esok
Rakyat Malaysia, Kalwant Singh yang ditahan atas kesalahan mengedar dadah pada 24 Oktober 2013 akan menjalani hukuman gantung sampai mati esok, 7 Julai pada waktu subuh.

Pendidikan | Pembangunan sekolah di Sigi
Astro dan Maxis sentiasa menyokong kepentingan peranan pendidikan dalam menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi dan pembangunan komuniti yang mampan.
![[KOLUMNIS] Merakyatkan dan membumikan Parlimen agenda kita bersama [KOLUMNIS] Merakyatkan dan membumikan Parlimen agenda kita bersama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41645870209_Parlimen.jpg)
[KOLUMNIS] Merakyatkan dan membumikan Parlimen agenda kita bersama
Dengan iltizam dan kesungguhan semua pihak terutamanya pemerintah, maka Parlimen Malaysia akan dilihat sebagai institusi bebas yang sangat mesra rakyat.

Langgar syarat sah lesen, bot nelayan ditahan
Bot nelayan itu ditahan ketika menunda dalam keadaan bergelap dan mencurigakan.

PRU15: Kalau tiada calon lain, saya mungkin bertanding lagi - Tun M
Pejuang sudah mempunyai beberapa nama calon untuk dipertaruhkan di Langkawi.

BDB jangka Langkawi Premium Outlet siap Oktober ini
Pengerusi Eksekutif BDB Che Had Dhali berkata tahap persiapan projek tersebut telah mencapai 95 peratus.

Pulau Pinang, Langkawi kerjasama tingkat daya saing sektor pelancongan negara
Pulau Pinang dan Langkawi dilihat sebagai gandingan sempurna yang saling melengkapi untuk membuat pakej lengkap untuk pelancong.

Feri terbakar di Langkawi kes lama
video berdurasi 22 saat yang dimuat naik di satu laman Facebook bukan kejadian yang baru berlaku.

89,000 pengunjung masuk ke Langkawi pada lapan hari pertama bulan Jun- LADA
Jumlah kemasukan pelancong ke Langkawi adalah sekitar 89,000 orang atau purata 11,000 sehari, sepanjang lapan hari pertama bulan Jun tahun ini.

Pameran LIMA kembali Mei depan - Hishammuddin
Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LlMA) akan dianjurkan pada 23 Mei hingga 27 Mei tahun depan di Pulau Langkawi.

LTdL 2022 ditangguh kerana pertindihan tarikh - Ahmad Faizal
Tempoh tersebut adalah musim panas di Eropah, yang menyaksikan banyak perlumbaan diadakan di benua berkenaan.

PRU15: Selesa bertanding di Jerlun berbanding Langkawi - Mukhriz
Menurut beliau, kawasan Jerlun lebih dekat dengan dirinya memandangkan telah beberapa kali menjadi calon dan menang di kerusi berkenaan.

MetMalaysia keluar Nasihat Lekukan Tropika
MetMalaysia memaklumkan ribut itu bergerak ke arah utara timur laut dengan kelajuan 7 km sejam (km/j) dengan kelajuan angin maksimum 60km/j.