LANGKAWI:Selepas kerajaan memberikan kelonggaran merentas negeri, jumlah pelancong ke Pulau Langkawi terus meningkat khususnya yang menggunakan perkhidmatan feri.
Bagi memastikan perkhidmatan feri mencukupi, Konsortium Ferry Line Ventures menyatakan kesediaan untuk menerima lebih 20,000 pengunjung dalam masa sehari dengan menambah kekerapan perjalanan dari Jeti Kuala Kedah dan Jeti Kuala Perlis.
Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures, Kapten Baharin Baharom, berkata, berdasarkan rekod, jumlah kemasukan individu ke pulau peranginan itu membabitkan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad selepas kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri adalah sekitar 40,000 individu.
Jumlah itu, menurut beliau, meningkat sehingga 15 kali ganda jika dibandingkan dengan hanya 2,800 individu yang membabitkan penduduk di negeri Kedah sebelum kebenaran rentas negeri dibenarkan pihak kerajaan.
Beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya kini melaksanakan lapan perjalanan pergi dan balik ke Pulau Langkawi dari Jeti Kuala Perlis selain enam perjalanan dari Jeti Kuala Kedah.
Baharin juga tidak menolak kemungkinan bahawa operasi perjalanan feri mampu mencecah sehingga maksimum 12 perjalanan sehari termasuk feri-feri tambahan selain pergerakan pada waktu malam jika wujud permintaan tinggi daripada pengunjung.
"Sekarang kami di konsortium tidak ada masalah untuk menambah trip seperti sebelum ini, kami boleh buat sehari sehingga 60 trip, iaitu laluan Langkawi ke Kuala Perlis, Kuala Perlis ke Langkawi, Langkawi ke Kuala Kedah, Kuala Kedah ke Langkawi.
"Kami juga boleh buat 68 trip seperti sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan iaitu 25,000 orang lebih sehari, tapi ada beberapa kekangan dan kita akan cuba semaksimum mungkin.
"Antara yang boleh dilakukan mungkin operasi perkhidmatan feri akan cuba dilewatkan sampai malam," katanya kepada Astro AWANI.
Jelasnya, Johor menjadi antara penyumbang tertinggi pelancong ke Langkawi yang menggunakan perkhidmatan feri diikuti pengunjung dari Perak, Kedah dan Kelantan.
Dalam pada itu, beliau berkata, pembelian tiket feri secara atas talian juga meningkat secara mendadak iaitu mencecah 86 peratus daripada jumlah keseluruhan tiket yang dijual.
Tambah Baharin, perubahan positif itu juga mampu mengurangkan kesesakan di kaunter pembelian tiket selain lebih mudah dan cepat.
"Mungkin mereka (pelancong) tahu feri yang akan dinaiki adalah pukul 8 pagi, jadi dia datang awal tunggu.
"Ini masalah ketika pembelian di kaunter, pelancong tiba di kaunter tiket pukul 7 pagi tetapi feri cuma ada pukul 5 petang.
"Ini memang banyak berlaku sebelum ini dan menyusahkan pelancong yang datang dari jauh.
"Bila berlaku pembelian online, kita bersyukur dan kita difahamkan ramai penumpang ke langkawi memilih untuk membeli online iaitu 86 peratus, kami semak baru-baru ini kenaikannya mendadak," katanya lagi
Sementara itu, pihak Konsortium Ferry Line Ventures turut melaksanakan beberapa Prosedur Operasi Standard (SOP) di terminal-terminal feri khususnya dalam memastikan tidak berlaku lambakan pengunjung di kawasan menunggu terminal.
Abdul Hadi Che Awang
Wed Dec 23 2020
Konsortium Ferry Line Ventures melaksanakan lapan perjalanan pergi dan balik ke Pulau Langkawi dari Jeti Kuala Perlis selain enam perjalanan dari Jeti Kuala Kedah. - Gambar hiasan
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump lantik bekas Duta AS ke Jerman Grenell sebagai utusan khas
Richard Grenell akan bekerja di beberapa kawasan 'panas' di seluruh dunia, termasuk Venezuela dan Korea Utara.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
MOT memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.
Pemancing hilang ditemukan lemas di Langkawi
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam laut ketika menyeberangi jambatan kayu 'Water Breaker' Kuala Chenang di Langkawi, malam semalam, ditemukan lemas petang tadi.
Terjun laut tinggalkan dadah RM3.55 juta
Dadah bernilai RM3.55 juta yang dipercayai diseludup masuk dari negara jiran ke Pulau Langkawi sebagai destinasi transit, digagalkan polis.
Langkawi bakal diserikan dengan Festival Mahsuri Disember ini
Festival Mahsuri bertujuan menjadikan Langkawi sebagai destinasi utama untuk pengalaman budaya bertaraf dunia.
Toldi, Hollioake ungguli kejohanan Ironman Malaysia 2024
Toldi menjuarai kategori lelaki dengan catatan masa lapan jam 10m 23s disusuli Tim Van Berkel dari Australia dan Andreas Dreitz dari Jerman.
LTdL 2024: Dataran Lang jadi saksi kemeriahan majlis pengenalan 22 pasukan
Kali terakhir Langkawi menjadi tuan rumah majlis simbolik sebelum perlumbaan bermula secara rasmi itu adalah pada 2018.
Feri di Terminal Penumpang Kuala Kedah kembali beroperasi hari ini
Terdapat empat perjalanan feri dari Kuala Kedah ke Langkawi dan lima perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah.
Feri Kuala Kedah-Langkawi beroperasi semula esok
Konsortium feri merancang untuk melaksanakan sembilan perjalanan keluar dan masuk ke Langkawi dari Terminal Penumpang Kuala Kedah.
BERNAS pamer kelainan di Laman Padi MAHA 2024 kali Ini
BERNAS mengambil peluang untuk mempamerkan inovasi terbaharu dalam pertanian padi dan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan industri ini.