awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lanjutan kontrak Azam Baki kerana khidmat beliau memuaskan - PM Anwar

Fareez Azman
Fareez Azman
15/05/2023
05:10 MYT
Lanjutan kontrak Azam Baki kerana khidmat beliau memuaskan - PM Anwar
Anwar (tengah) ketika berucap pada sidang media pasca mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada Isnin. - Foto/Bernama
PUTRAJAYA: Keputusan kerajaan dalam melanjutkan kontrak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki adalah kerana khidmat beliau yang memuaskan.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan juga memberi kelonggaran sepenuhnya kepada SPRM dan Peguam Negara untuk menjalankan tugas mereka.
"Dia (Azam Baki) dilantik oleh Perdana Menteri masa Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan walaupun ada dibangkitkan dulu, dari kerja saya bagi kelonggaran dan wewenang sepenuhnya kepada SPRM dan Peguam Negara untuk jalankan tugas.
"Setakat saya lihat mereka jalankan tugas memuaskan, dia mengambil tindakan tanpa memilih puak atau parti politik," jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media pasca mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada Isnin.
Tambah Anwar, tindakan yang diambil Azam Baki secara telus antara faktor mengapa beliau dilanjutkan kontrak
"Belum pernah dalam sejarah pejabat menteri digeledah dan kenal pasti beberapa kompromi pegawai-pegawai dan terus tindakan diambil sementara siasatan dijalankan. Atas kapasiti itu kita teruskan khidmatnya," jelasnya lagi.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#Anwar Ibrahim
#SPRM
#Peguam Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan