awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
[KOLUMNIS] Realiti 'internship' generasi digital: Kebolehpasaran graduan dalam era IR4.0
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lanjutkan moratorium hingga Disember 2020

Farhana Joni
Farhana Joni
18/06/2020
07:43 MYT
Lanjutkan moratorium hingga Disember 2020
Mazlan Joehari Manan gesa kerajaan dan institusi perbankan lanjut tempoh moratorium hingga Disember 2020. - Gambar Majlis Belia Sabah.
Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia dan Malaysia telah mengubah kehidupan serta menjejaskan pendapatan majoriti masyarakat negara ini.
Hal itu jelas berdasarkan data dan unjuran Jabatan Perangkaan pada 14 Mei lalu menunjukan kadar pengangguran meningkat 5.5 peratus atau lebih 860,000 orang terjejas sepanjang tahun 2020.
Sehubungan itu, Majlis Belia Sabah menggesa kerajaan dan institusi perbankan negara untuk melanjutkan moratorium pinjaman sehingga Disember tahun ini.
Jelas Pengerusi Tetap majlis tersebut, Mazlan Joehari Manan, langkah itu memberi ruang dan peluang kepada rakyat untuk menyusun kehidupan dan ekonomi masing-masing sehingga mampu membayar semula pinjaman.
"Merujuk kepada moratorium enam bulan yang dijangka berakhir September ini banyak membantu meringankan bebanan rakyat dengan lebihan tunai di tangan.
"Secara tidak langsung, lanjutan moratorium dan insentif lain dapat membantu kerajaan untuk mencapai hala tuju ekonomi semasa termasyk menangani isu pengangguran," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Dalam perkembangan sama, Mazlan Joehari mengakui insentif lain yang disalurkan melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) banyak membantu pihak majikan dan pekerja.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Jabatan Perangkaan
#Majlis Belia Sabah
#Mazlan Joehari Manan
#Moratorium
#Pelan Jana Semula Ekonomi Negara
#pengangguran
#PENJANA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan